• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar

Oleh
Nazihah AN
15 Mac 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar

Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia di Delta Rajang

Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar. Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) telah menganjurkan acara-acara menarik selama dua hari di Tapak Pantai Belawai, sempena sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia. Sambutan Hari Hidupan Liar berlangsung pada 9 dan 10 Mac 2024 itu ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Ahli Dewan Undangan N41 Kuala Rajang.

Antara yang hadir ialah YB Tuan Yusuf Bin Abd Wahab, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Tuan Abang Arabi Abang Aimran, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation, Dr. Jason Hon, Pengarah Bersekutu Sarawak dan Sains Pemuliharaan WWF-Malaysia, dan Tuan Ismail Kasah, Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis.

Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar
Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar

Habitat Penting bagi Komuniti Tempatan dan Hidupan Liar

Hari Hidupan Liar Sedunia disambut pada setiap 3 Mac. Tema tahun ini adalah “Merapatkan Jurang antara Manusia dan Alam Semula Jadi: Menerokai Inovasi Digital dalam Pemuliharaan Hidupan Liar”, yang mengingatkan kita tentang tanggungjawab bersama terhadap pemuliharaan flora dan fauna, serta pentingnya sinergi antara teknologi dan pelestarian alam.

Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh berkata, “Projek pemuliharaan lumba-lumba di kawasan Delta Rajang adalah contoh nyata bagaimana kita, di Sarawak, tidak hanya berkomitmen terhadap pembangunan ekonomi tetapi juga kelestarian alam sekitar. Pendekatan kerajaan terhadap pemuliharaan adalah holistik, iaitu keseimbangan antara pembangunan dan kemampanan. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama kerana setiap individu boleh memainkan peranan mereka untuk mencegah pencemaran, mengindahkan dan menjaga kebersihan persekitaran mereka, dan yang utamanya adalah rasa bertanggungjawab untuk melindungi dan memelihara khazanah alam.”

Tambah beliau, “Usaha untuk memperluaskan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (KTS) termasuklah perancangan untuk mewartakan kawasan Paloh sebagai Taman Negara Paloh, penanaman tukun tiruan ‘Reef Ball’, dan strategi dalam membangunkan ekopelancongan. Selain itu, kami juga memanfaatkan inovasi digital seperti dron, perangkap kamera, dan hotline atau e-aduan untuk pemantauan kawasan KTS dan hidupan liar. Inovasi digital memudahkan kita untuk memulihara hidupan liar untuk generasi akan datang.”

Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar

Sarawak Forestry Dan WWF-Malaysia Giat Kerjasama Pemuliharaan Haiwan Liar

Yang Berusaha Tuan Abang Arabi Abang Aimran, selaku Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Controller Hidupan Liar dan Controller Taman Negara dan Rizab Semujadi dalam ucapan alu aluannya berkata “Sarawak Forestry Corporation telah bekerjasama dengan WWF-Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak untuk Projek ‘Irrawaddy Dolphin’, termasuk kajian lumba-lumba Irrawaddy, pemasangan papan tanda mengenai kewujudan ikan lumba-lumba dan program kesedaran hidupan liar. Bengkel Khusus juga telah diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai Modul Renjer Hidupan Liar Kehormat, Prosedur Penyelamatan Hidupan Marin, dan penglibatan komuniti dalam pengumpulan data.”

Dr. Jason Hon, Pengarah Bersekutu Sarawak dan Sains Pemuliharaan WWF-Malaysia, menambah, “Delta Rajang, dengan ekosistem paya bakau yang sihat, merupakan habitat penting bagi komuniti tempatan dan pelbagai jenis hidupan liar, terutamanya lumba-lumba Irrawaddy. Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan kerajaan dan SFC selaku agensi kerajaan Sarawak dalam menganjurkan acara yang bermakna ini dan juga dalam projek pemuliharaan di Sarawak. Bersama-sama, kita boleh membina masa depan yang lestari di mana manusia dan hidupan liar dapat hidup secara harmoni.”

Sambutan tersebut telah menampilkan pelbagai aktiviti menarik, seperti sesi ceramah, pameran interaktif dan pertandingan bersama komuniti tempatan. Pengunjung turut serta dalam sambutan ini secara aktif. Mereka berpeluang untuk mempelajari usaha pemuliharaan di Sarawak melalui pameran dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

Baca juga artikel menarik, di bawah:

Kenali Empesut, Satu-Satunya Spesis Lumba-Lumba Di Sarawak
Digelar Haiwan ‘Terhodoh’ Dunia, Babi Berjanggut Ini Ditemui Di Pulau Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Kisah Menarik Disebalik Bubur Pedas, Hidangan Wajib Bulan Ramadan Di Sarawak
Next Article Tragedi Bot Karam Di Kapit, Mayat Mangsa Terakhir Ditemui Di Seputin Tragedi Bot Karam Di Kapit, Mayat Mangsa Terakhir Ditemui Di Seputin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?