• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tragedi Di Pulau Si Amil, Serangan Lanun Yang Menggoncang Pantai Timur Borneo

Oleh
Nazihah AN
23 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Tragedi Di Pulau Si Amil, Serangan Lanun Yang Menggoncang Pantai Timur Borneo

Sejarah Berdarah 1962: Apabila Lanun Menceroboh Pulau Si Amil

Tragedi Di Pulau Si Amil, Serangan Lanun Yang Menggoncang Pantai Timur Borneo. Pada tahun 1962, kawasan pantai timur Borneo Utara (kini Sabah) berdepan dengan ancaman serangan lanun yang dipercayai berasal dari selatan Filipina. Salah satu kejadian yang menarik perhatian ramai berlaku di Pulau Si Amil, apabila sekumpulan lanun bersenjata menceroboh pulau tersebut pada 23 Disember 1962. Peristiwa berdarah ini bukan sahaja mengorbankan nyawa, malah menjejaskan operasi ekonomi di kawasan tersebut.

Menurut maklumat yang dikumpulkan, seramai 13 orang lanun telah tiba di Pulau Si Amil dengan menggunakan perahu panjang atau “kumpit” yang dilengkapi enjin berkuasa 40 kuasa kuda. Kehadiran mereka tidak disedari oleh kakitangan Syarikat Taiyo Borneo Industries Limited yang beroperasi di pulau berkenaan. Para lanun bertindak melepaskan tembakan amaran dan mengarahkan semua orang supaya tidak melawan. Dalam situasi panik itu, dua kakitangan warga Jepun, iaitu seorang lelaki berusia 57 tahun bernama Yukichi Ikehara dan seorang kerani bernama Humihiro Yamagami, terbunuh akibat tembakan dan serangan bersenjata tajam.

Tragedi Di Pulau Si Amil, Serangan Lanun Yang Menggoncang Pantai Timur Borneo
Sumber: Jabatan Arkib Negeri Sabah
Tragedi Di Pulau Si Amil, Serangan Lanun Yang Menggoncang Pantai Timur Borneo
Sumber: Jabatan Arkib Negeri Sabah

Seramai tujuh anggota polis ditempatkan di Pulau Si Amil selama dua bulan.

Selain kehilangan nyawa, kumpulan lanun juga merampas wang tunai serta beberapa laras senapang. Nilai kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah lebih AS$20,000, tidak termasuk peralatan pejabat dan barangan peribadi milik kakitangan. Serangan itu turut menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan penduduk tempatan yang tinggal di Pulau Si Amil dan Pulau Dinawan, sehingga mereka diarahkan berpindah ke kawasan persisiran pantai bagi tujuan keselamatan.

Susulan kejadian, pihak polis dan anggota Pasukan Polis Hutan (PGA) segera dihantar ke Pulau Si Amil untuk mengawal keadaan. Malangnya, bot pengawal pesisir yang dijadualkan berada di pulau tersebut mengalami kerosakan dan hanya tiba dua jam setengah selepas insiden. Beberapa hari kemudian, Gabenor Borneo Utara menghubungi pihak kedutaan dan pesuruhjaya tinggi negara asing seperti Jepun dan Filipina untuk memaklumkan tentang kejadian itu serta mengambil langkah susulan.

Bagi memastikan keselamatan pekerja yang masih tinggal, seramai tujuh anggota polis ditempatkan di Pulau Si Amil selama dua bulan. Syarikat Taiyo Borneo Industries Limited kemudiannya mengambil keputusan menghentikan operasi atas faktor keselamatan dan kerugian yang dialami, sekali gus menjejaskan perancangan pelaburan di wilayah pantai timur Borneo Utara. Walau bagaimanapun, penutupan ini dikatakan bersifat sementara dengan harapan agar ia dapat disambung semula pada masa akan datang.

Peristiwa berdarah di Pulau Si Amil ini menjadi simbol kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh penduduk serta pasukan keselamatan pada era pembentukan Malaysia. Ia juga menzahirkan pengorbanan besar anggota PGA dan polis tempatan yang bertugas mempertahankan kedaulatan negeri serta melindungi nyawa orang ramai, termasuk pekerja asing.

Sumber Rujukan:

  1. Allahyarham Sarjan Jeffri Bin Mohd Asi
  2. Laporan S.S. Bedlington (4 Januari 1963)
  3. Sejarah North Borneo Sabah (Facebook)

Baca juga cerita menarik di bawah:

Ketahui Sejarah Kemunculan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Sabah Dan Sarawak
Kota Kinabalu: Asal Usul Nama, Sejarah Penamaan dan Transformasi Dari Jesselton ke Bandaraya Ibu Negeri Sabah
SUMBER :Jabatan Arkib Negeri Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Sejarah Ringkas Usaha Penyatuan Wilayah Borneo 1957 Ini Sejarah Ringkas Usaha Penyatuan Wilayah Borneo 1957
Next Article Naik 3 Anak Tangga, Passport Malaysia Dapat Akses 116 Negara Tanpa Visa Naik 3 Anak Tangga, Passport Malaysia Dapat Akses 116 Negara Tanpa Visa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?