• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang ‘Keras’ di Sarawak?

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Sago Incubator
Kongsi
5 Min Bacaan
Kredit foto Borneo Tuak Festival, Maynard Keyne Langet dan expatgo.com
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Sago Incubator

Tuak, minuman yang popular di Sarawak dan seantero Borneo

Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang ‘Keras’ di Sarawak? Kalau anda pernah berkunjung ke Sarawak, anda mesti pernah dengar tentang tuak. Bagi yang belum tahu, tuak ialah sejenis minuman beralkohol tradisional yang diperbuat daripada beras yang diperam, popular terutamanya dalam kalangan masyarakat Iban, Bidayuh, dan pelbagai lagi suku kaum di Sarawak dan di Borneo, amnya.

Tapi, kenapa pula ‘keras’? Tuak bukan sekadar minuman biasa – ia adalah ‘social glue’ yang mampu mengukuhkan dan mengeratkan hubungan antara masyarakat Sarawak dan merentasi Borneo, tidak kira peringkat usia!

Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang 'Keras' di Sarawak?
Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang ‘Keras’ di Sarawak? Kredit foto: Borneo Tuak Festival

Tuak sebagai ‘Ice-Breaker’ Masyarakat di Rumah Panjang Sarawak

Di Sarawak, tuak bukan sekadar diminum semasa perayaan Gawai, tetapi ia juga adalah simbol persahabatan dan keramahan. Kalau ada majlis keraian, seperti perkahwinan, perayaan atau sambutan hari jadi, tuak mesti ada untuk menghangatkan suasana. Ia dihidangkan kepada tetamu sebagai tanda hormat dan untuk meraikan bersama. Tuak ini seakan-akan memiliki ‘daya tarikan’ untuk memulakan perbualan, terutama sekali bila bertemu dengan orang baru.

Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang 'Keras' di Sarawak?
Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang ‘Keras’ di Sarawak. Kredit foto: expatgo.com

Bayangkan, anda baru saja tiba di rumah panjang yang penuh dengan orang yang anda belum kenal. Tuak yang dihulurkan bukan sahaja simbol masyarakat terutamanya di rumah panjang menerima kehadiran anda, malah ia juga boleh jadi topik perbualan yang memecah kebekuan. “Dari mana asal tuak ni? Macam mana nak buat tuak yang sedap?” Persoalan sebegini secara tidak langsung, dari secawan tuak, terjalinlah persahabatan yang baru.

Resipi setiap tuak tidak sama, sesetengahnya dibuat bersama doa dan ritual

Proses pembuatan tuak pun ‘keras’ juga, dan ia bukanlah semudah yang disangka. Ia bermula dengan pemilihan biji padi yang terbaik, yang kemudian melalui proses fermentasi menggunakan ragi buatan sendiri yang teliti. Setiap pembuat tuak mempunyai resipi tersendiri, yang diperturunkan dari nenek moyang mereka, menjadikan setiap botol tuak unik dengan rasa dan aroma yang berbeza.

Di Sarawak, pembuatan tuak sering kali dikaitkan dengan upacara adat dan kepercayaan, di mana prosesnya melibatkan doa dan ritual tertentu untuk memastikan tuak yang dihasilkan bukan sahaja sedap diminum, tetapi juga membawa keberkatan. Inilah yang menjadikan tuak lebih daripada sekadar minuman – ia adalah lambang tradisi dan kepercayaan yang mendalam masyarakat Dayak di sini.

Kredit foto: Harnas.id

Macam-macam dah perisa tuak sekarang – dari buah hinggalah ke herba

Kini, semakin ramai pembuat tuak yang bereksperimen dengan perisa baru dan teknik pembuatan yang moden, namun masih mengekalkan elemen tradisional. Ada yang mencampurkan buah-buahan tempatan, herba, atau rempah ratus untuk menghasilkan variasi tuak yang lebih eksotik. Mesti pernah dengar kan perisa-perisa unik tuak seperti tuak nanas, tuak rozel, tuak halia, dan macam-macam lagi.

Inovasi ini bukan sahaja menjadikan tuak lebih menarik bagi generasi muda, tetapi juga telah membawa tuak Sarawak ke pentas dunia. Sampai ada yang bandingkannya seperti Soju!

Endu, tuak ‘sparkling’ pertama di dunia. Kredit: IG @enduborneo

Borneo Tuak Festival 2024 – Tempat Berkumpulnya Para Pembuat Tuak

Jika anda ingin menyelami lebih dalam tentang seni dan kehalusan dalam pembuatan tuak, Borneo Tuak Festival 2024 adalah acara yang wajib anda kunjungi. Festival ini menampilkan pelbagai aktiviti yang mempamerkan keindahan seni pembuatan tuak, termasuk pertandingan ‘Tuak Selection of the Year’ di mana pembuat tuak terbaik akan bersaing untuk meraih gelaran ini.

Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang 'Keras' di Sarawak?

Selain itu, festival ini juga memberikan peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan pembuat tuak, belajar tentang teknik pembuatan tradisional, dan mencuba sendiri pelbagai jenis tuak yang dihasilkan oleh ‘artisan’ tempatan. Ia adalah peluang terbaik untuk merasai sendiri keunikan pelbagai jenis tuak, sambil menyaksikan persembahan kebudayaan dan pameran kraf oleh artis tempatan.

Mengapa Tuak Dianggap Sebagai Minuman Tradisional Yang 'Keras' di Sarawak?
Ihsan Borneo Tuak Festival
Ihsan Borneo Tuak Festival
borneo tuak festival 2024
Ihsan Borneo Tuak Festival

Borneo Tuak Festival 2024 bakal berlangsung pada 14 hingga 16 September 2024, bermula jam 12 tengah hari sehingga 10 malam di Tropics City, Kuching. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang acara ini, anda boleh layari laman sesawang mereka, https://sagoinc.my/btf2024/ atau media sosial mereka di Instagram @borneotuakfest dan Facebook Borneo Tuak Festival.

Kan dah cakap, tuak ni bukan sekadar minuman keras, auranya pun ‘keras’. Hehe.

Baca juga artikel tentang perbandingan tuak setanding soju yang pernah kami terbitkan sebelum ini

Adakah Tuak Boleh Jadi Setanding Soju Jika Dijual Secara Komersial?
Kena ‘Interview’ National Geographic, Nenek Dari Kuching Ini Tunjuk Cara Buat Tuak Raih Perhatian Netizen

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Galakan Orang Ramai Guna ART, Netizen Persoal Kekurangan Laluan Pejalan Kaki Di Sarawak Galakan Orang Ramai Guna ART, Netizen Persoal Kekurangan Laluan Pejalan Kaki Di Sarawak
Next Article PM Anwar Tegaskan Malaysia Kekal Pertahankan Aktiviti Minyak Di Pelantar Benua Sarawak PM Anwar Tegaskan Malaysia Kekal Pertahankan Aktiviti Minyak Di Pelantar Benua Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?