Hanya 2 kilang bir sahaja di seluruh Malaysia mempunyai lesen
Adakah Tuak Boleh Jadi Setanding Soju Jika Dijual Secara Komersial? Let’s cut it short, untuk mendapatkan lesen membuat bir di Malaysia hampir mustahil. Malah, Malaysia hanya mempunyai dua kilang bir iaitu Heineken Malaysia Berhad [sebelum ini Guinness Anchor Berhad (GAB)] diperbadankan pada tahun 1964 dan Carlsberg Malaysia Berhad pada tahun 1969.
Sebuah kilang ketiga, Napex Corporation, mulai beroperasi pada tahun 2007, menghasilkan Starker dan Jaz, walaupun pada waktu itu kerajaan melarang pengeluaran lesen pembuatan bir 2 tahun sebelum itu. Napex kemudian ‘menghilang’ sekitar tahun 2012. Setakat ini, Malaysia tidak ada lesen penyulingan komersial.
Mari cihat dari perspektif budaya dan ekonomi
Malaysia adalah sebuah negara majoriti Muslim, namun penjualan alkohol dibenarkan kepada orang bukan beragama Islam. Tiada larangan alkohol di seluruh negara dikuatkuasakan kecuali Kelantan dan Terengganu (yang hanya untuk Muslim). Di sini, restoran Cina dan kedai runcit dikecualikan daripada larangan tersebut.
Menurut laporan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai pengambilan alkohol tertinggi di Malaysia, diikuti oleh negeri Sarawak di tempat kedua dan Sabah di tempat ketiga.
Kuala Lumpur, sebagai ibu kota Malaysia, tidak hairanlah bahawa kebanyakan pertubuhannya melayani orang asing dan penduduknya yang sangat pelbagai; yang bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu tetapi juga Cina dan India. Sarawak dan Sabah berada di kedudukan kedua dan ketiga respectively kerana penduduknya mempunyai lebih banyak penduduk bukan Islam dalam populasi mereka (untuk Sarawak – agama Kristian adalah agama terbesar di Sarawak. Penganut Kristian merangkumi 42.6% daripada jumlah penduduk Sarawak) dan alkohol adalah minuman tradisional bagi kebanyakan etnik yang tinggal di sana.
Pada tahun 2016, International Organisation of Good Templars (IOGT) menerbitkan sebuah laporan menyatakan bahawa Malaysia mempunyai cukai ketiga tertinggi terhadap alkohol di seluruh dunia (pada kadar 15%), di belakang Norway dan Singapura. Tambahan pula, Malaysia mempunyai populasi pengguna alkohol ke-10 terbesar di seluruh dunia, dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM2 bilion untuk minuman beralkohol.
Jadi, bagaimana sebuah negara yang majoriti Muslim, yang hampir mustahil mengeluarkan lesen penyulingan komersial, dapat memasuki Top 10 populasi konsumer alkohol di seluruh dunia?
Dari sudut sejarah, minuman beralkohol tempatan di Malaysia kebanyakan tertumpu di Pulau Borneo kerana penduduk tempatan di sini secara tradisional minum arak beras buatan sendiri yang digelar ‘tuak‘ dan ‘tapai’ untuk tujuan festival menuai seperti Gawai Dayak dan Kaamatan.
Tuak, Soju (Korea Selatan), Sake (Jepun)
Setakat ini, alkohol yang dibuat untuk dikomersialkan adalah haram di Malaysia. Namun, ia sudah kebiasaan melihat homebrewer tempatan membuat Tuak mereka sendiri untuk dijual kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, tuak hanya boleh didapati di tempat tertentu sahaja seperti di bar, kedai runcit kecil, atau perlu beli direct dari seller.
Walau bagaimanapun, penjualan tuak sehingga tahap komersial (seperti di dalam pasar raya) tidak dibenarkan. Hal ini kerana untuk mendapatkan lesen pembuatan minuman keras hampir mustahil didapatkan.
Soju adalah minuman beralkohol yang jelas dan tanpa warna yang berasal dari Korea. Sebilangan besar jenama soju dibuat di Korea Selatan. Walaupun soju secara tradisional dibuat dari beras, gandum, atau barli, pengeluar moden sering mengganti beras dengan pati lain, seperti kentang dan ubi jalar.
Asal soju berasal dari abad ke-13 Goryeo, ketika teknik penyulingan Levantine diperkenalkan ke Semenanjung Korea semasa pencerobohan Mongol ke Korea (1231 – 1259) oleh Yuan Mongol. In fact, mereka telah memperoleh teknik penyulingan arak dari Parsi semasa pencerobohan mereka ke Levant, Anatolia, dan Parsi.
Kilang penyulingan didirikan di sekitar bandar Gaegyeong (ibu kota semasa itu – kini Kaesong). Di kawasan sekitar Kaesong, soju disebut arak-ju. Andong soju, iaitu asal usul soju yang pelbagai di Korea Selatan Moden, bermula sebagai minuman keras buatan sendiri yang berkembang di bandar Andong (di mana pangkalan logistik Yuan Mongol terletak pada masa itu).
Soju secara tradisional dibuat dengan penyulingan alkohol dari biji-bijian yang ditapai. Pada tahun 1920-an, lebih daripada 3,200 kilang bir soju wujud di seluruh Semenanjung Korea.
Soju juga mempunyai etika ketika meminum soju – Peraturan yang paling penting dalam etika minum di Korea ialah orang termuda dalam kumpulan menuangkan minuman itu untuk orang tua mereka. Usia bukan sahaja memainkan peranan tetapi juga untuk hierarki dalam syarikat. Semasa menuangkan alkohol kedua-dua tangan harus digunakan untuk menuangkan manakala ketika menerima alkohol tersebut, kedua-dua tangan juga harus digunakan untuk memegang gelas.
Sake adalah minuman beralkohol yang dibuat dengan menapai beras yang telah digilap untuk menghilangkan dedak. Ia merupakan minuman nasional di Jepun dan akan disajikan dengan upacara khas, di mana ia dipanaskan dengan lembut dalam sebuah botol tanah yang kecil atau porselin, dan dihirup dari cawan porselin yang disebut sakazuki. Seperti wine, satu hidangan yang disyorkan sangat berbeza mengikut jenisnya.
Setakat ini, sebanyak 1,600 kilang sake berlesen beroperasi di Jepun.
Tuak – adakah ia berpotensi setanding dengan Soju dari Korea Selatan dan Sake dari Jepun jika dijual secara komersial?
Menurut Fortune Business Insights, mereka mengatakan bahawa pasar sake bernilai USD7.35 Billion pada tahun 2018 dan diprojeksikan akan mencapai USD10.47 Billion pada tahun 2026.
Sementara itu, Statista melaporkan pendapatan HiteJinro, iaitu pengeluar soju terkemuka di dunia, pada tahun 2019 berjumlah sekitar USD1.06 bilion dan merupakan bahagian terbesar dari hasil penjualan. Penjualan bir pula menduduki tempat kedua, dengan sekitar USD669 juta.
Dengan mempertimbangkan skala keuntungan kedua-dua minuman beralkohol asal tradisional ini, minuman tuak mungkin boleh mencapai kejayaan yang serupa dalam jangka panjang.
Tetapi untuk mencapai kejayaan seperti Soju dan Sake, langkah pertama adalah mendapatkan lesen untuk memulakan proses pembuatan tuak untuk pengeluaran besar-besaran – yang hingga kini sangat mustahil.
Jika pembuatan tuak untuk tujuan komersial dibenarkan, minuman ini bakal dijual di pasar raya, seperti kita dapat lihat dengan Soju dan Sake dan tidak terhad hanya pada bar dan penjualan langsung (direct selling).
Sekiranya kita dapat ‘menjual’ budaya kita seperti tatu, tarian, dan makanan kita sebelum ini, maka mungkin sudah waktunya untuk mempertimbangkannya. But until then, kita hanya dapat membayangkan apa masa depan minuman tradisional kita.