• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kini Anda Boleh Tukar Kupon Parkir Fizikal Ke Kredit Dalam Sabah Smart Parking

Oleh
Nazihah AN
12 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kini Anda Boleh Tukar Kupon Parkir Fizikal Ke Kredit Dalam Sabah Smart Parking

Pengguna menukar kupon parkir fizikal mereka kepada kredit dalam aplikasi Sabah Smart Parking

Kini Anda Boleh Tukar Kupon Parkir Fizikal Ke Kredit Dalam Sabah Smart Parking. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan satu program khas “Program Penukaran Nilai Kupon ke Kredit Aplikasi Sabah Smart Parking” bermula 14 November hingga 30 November 2023.

Menurut Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Datuk Bandar Kota Kinabalu, program ini membolehkan pengguna menukar kupon parkir fizikal mereka kepada kredit dalam aplikasi Sabah Smart Parking, sekali gus memudahkan urusan pembayaran parkir di bandar Kota Kinabalu.

Kini Anda Boleh Tukar Kupon Parkir Fizikal Ke Kredit Dalam Sabah Smart Parking

Muat Turun Sabah Smart Parking dan Tukar Kupon Fizikal Anda ke Kredit Digital Mulai 14 November

Program ini akan diadakan di Aras 2, Blok B, Bangunan KK Sentral, dan akan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Bagi pengguna yang tidak dapat hadir ke program ini, mereka masih boleh menukar kupon parkir fizikal kepada kredit aplikasi di Pejabat Bahagian Pengurusan Parkir di KK Plaza atau di mana-mana kaunter perkhidmatan dan gerai di kawasan parkir sekitar pusat bandar.

Selain daripada menukar kupon, beberapa perkhidmatan lain turut disediakan sepanjang program ini, termasuk pembelian kredit untuk pembayaran parkir, bantuan untuk memuat turun aplikasi Sabah Smart Parking, tambah nilai kredit dalam aplikasi, serta semakan dan pembayaran saman parkir.

Sabin menjelaskan bahawa tujuan utama sistem Sabah Smart Parking ini adalah untuk menyatukan kaedah pembayaran parkir yang dahulunya menggunakan kupon fizikal ke dalam satu platform digital yang lebih mudah diakses oleh orang ramai. Setakat ini, aplikasi Sabah Smart Parking telah mencatatkan lebih daripada 82,000 pengguna berdaftar di Sabah.

“Program ini diharapkan dapat memastikan semua pengguna menerima perkhidmatan yang memuaskan di samping membantu DBKK meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan,” tambah Sabin.

Sebagai makluman tambahan, penggunaan kupon parkir fizikal akan dihentikan sepenuhnya pada 16 November 2023. Walau bagaimanapun, Datuk Bandar memberi jaminan bahawa mana-mana kupon fizikal yang masih sah selepas tarikh tersebut masih boleh ditukar kepada kredit aplikasi Sabah Smart Parking.

DBKK menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi Sabah Smart Parking, yang tersedia di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei App Gallery, serta mendaftar sebagai pengguna bagi memudahkan proses penukaran kupon kepada kredit aplikasi.

Baca juga artikel di bawah:

Dua Projek Jalan, Miri-Marudi-Mulu Dan Long Panai-Long Lama Bakal Siap Pada 2029
Tular Individu Dari Sabah Ini Bakal Rentas 3 Negara Dalam Borneo Dalam 18 Hari

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Projek Jalan, Miri-Marudi-Mulu Dan Long Panai-Long Lama Bakal Siap Pada 2029 Dua Projek Jalan, Miri-Marudi-Mulu Dan Long Panai-Long Lama Bakal Siap Pada 2029
Next Article Saya Bangga Jadi Dayak – Tommy Mawat Laung Amaran Buat Peminat Layang Komen Rasis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?