• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Saya Bangga Jadi Dayak – Tommy Mawat Laung Amaran Buat Peminat Layang Komen Rasis

Oleh
Farisha
12 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tommy Mawat pertahan maruah Dayak selepas diserang komen rasis

Saya Bangga Jadi Dayak – Tommy Mawat Laung Amaran Buat Peminat Layang Komen Rasis. Pemain pertahanan Perak FC, Tommy Mawat Bada telah menjadi mangsa komen berbaur perkauman di akaun media sosialnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Tommy berkongsi tangkapan skrin yang menunjukkan seorang penyokong menghina beliau dengan merujuk kepada keturunan Dayaknya.

Saya Bangga Jadi Dayak - Tommy Mawat Laung Amaran Buat Peminat Layang Komen Rasis
Saya Bangga Jadi Dayak – Tommy Mawat Laung Amaran Buat Peminat Layang Komen Rasis

Tidak berpuas hati dengan komen tersebut, Tommy memberi respons dengan menyeru penyokong-penyokong supaya tidak menyemai kebencian dalam sukan bola sepak.

“Semua orang bebas untuk menyuarakan pendapat. Nak marah, tegur atau maki pun boleh. Kita semua manusia biasa yang hidup di bumi yang sama,” ujar Tommy.

“Kalau nak marah pun, jangan libatkan keluarga dan kaum (Dayak). Saya memang dilahirkan sebagai orang Dayak dan saya tetap berbangga dengan identiti ini.

“Kepada semua, jangan bangkitkan isu perkauman kerana anda akan menyesal kemudian. Jangan pandang rendah orang Dayak. Bayangkan jika orang Dayak lain membaca komen anda. Sanggupkah anda berhadapan dengan mereka?

“Jangan jadi badut dan bersikap rasis. Elakkan menyebarkan kebencian dalam bola sepak. Tuhan memberkati. Terima kasih.

Sebelum ini, Tommy Mawat menarik perhatian peminat bola sepak tempatan apabila terlibat dalam pergaduhan dengan pemain sayap JDT, Arif Aiman semasa perlawanan Liga Super baru-baru ini.

Pertelingkahan diantara Arif Aiman & Tommy Mawat di hujung permainan! 🚨#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/bsO9qbzZaT

— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) November 10, 2024

Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM menyatakan bahawa kedua-dua pemain masih boleh dikenakan hukuman tambahan walaupun telah menerima kad kuning daripada pengadil Razlan Joffri Ali.

Beliau menambah bahawa mereka akan menunggu laporan lengkap daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut. Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM juga akan mengkaji rakaman video insiden tersebut untuk membuat cadangan tindakan selanjutnya.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan isu perkauman:

Tular Netizen Sarawak Layang Komen Berbaur Rasis Terhadap Isu Penempatan Guru Baharu
Dakwa Sentimen Berbaur Rasis Yang Melampau, Kongsian Abdul Hadi Ini Undang Reaksi Netizen

SUMBER :The VocketInstagram
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kini Anda Boleh Tukar Kupon Parkir Fizikal Ke Kredit Dalam Sabah Smart Parking Kini Anda Boleh Tukar Kupon Parkir Fizikal Ke Kredit Dalam Sabah Smart Parking
Next Article Tular Penampakan Orang Utan Melintas Jalan Di Lahad Datu Raih Perhatian Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?