• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia, PDRM Ambil Tindakan

Oleh
ILB - AI
7 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia, PDRM Ambil Tindakan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah berbunyi

Tular Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia, PDRM Ambil Tindakan. Terkini, kata kunci ‘Al-Jazeera’ trending dalam media sosial setelah sebuah dokumentari memburukkan Malaysia mengenai layanan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI). Dokumentari berkenaan dimuat naik oleh Al-Jazeera beberapa hari lepas dan bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Dokumentari tersebut dikecam hebat bukan sahaja dari warga Malaysia malah tidak disambut dengan baik oleh kerajaan Malaysia. Malah, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menggesa Al-Jazeera untuk memberi bukti kukuh berkaitan dakwaan mereka dan segera mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dengan segera.

Susulan itu, PDRM telah berkata mereka akan memanggil pengendali Al-Jazeera dan wartawannya dalam tempoh terdekat untuk disoal siasat.

Tular Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia, PDRM Ambil Tindakan
Tular Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia, PDRM Ambil Tindakan

Tindakan diambil susulan beberapa laporan polis dibuat

Menurut laporan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan untuk memanggil pengendali Al-Jazeera dan wartawannya diambil susulan beberapa laporan polis yang dibuat susulan isu tersebut.

Tular Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia, PDRM Ambil Tindakan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan untuk memanggil pengendali Al-Jazeera dan wartawannya akan diambil.

“Dalam masa terdekat akan dipanggil, lagi cepat lagi bagus, ambil keterangan dan selesaikan kes. Saya secara rasmi memang tahu kertas siasatan sudah dibuka.

Mereka akan dipanggil untuk jawab beberapa soalan. Peruntukan perundangan apa yang akan digunakan, sama ada bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan 1948 bakal ditentukan selepas mereka jawab soalan,” kata beliau.

Penyataan ini dikatakan selepas menghadiri pelancaran Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (BANCI) 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Beliau tambah lagi ia adalah tanggungjawab PDRM untuk jalankan siasatan agar menentukan sama ada wujud unsur hasutan atau kesalahan dari segi apa juga undang-undang.

Katanya lagi, beliau tidak dapat angka berapa banyak laporan polis dibuat setakat ini tetapi PDRM menerima laporan yang banyak mengenai isu tersebut.

Satu kertas siasatan dibuka

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata satu kertas siasatan dibuka.

Dokumentari berkenaan mendakwa berlaku diskriminasi terhadap PATI dari segi layanan ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani pandemik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dilaporkan berkata dakwaan tersebut tidak berasas kerana kerajaan sedaya upaya menyelamatkan negara daripada penularan wabak, termasuk bukan warganegara.

Anda boleh baca artikel asal mengenai isu ini disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Umum Peraturan Bagasi Kembali Normal Mulai Hari Ini, Boleh Bawa 2 Bagasi Masuk Kabin
Next Article TGV Cinemas Beri Tiket Percuma Kepada Frontliners Sehingga 15 Julai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?