• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Umum Peraturan Bagasi Kembali Normal Mulai Hari Ini, Boleh Bawa 2 Bagasi Masuk Kabin

Oleh
Ismail NA
7 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Take note, gais!

AirAsia Umum Peraturan Bagasi Kembali Normal Mulai Hari Ini, Boleh Bawa 2 Bagasi Masuk Kabin. Baru sahaja minggu lepas AirAsia mengemas kini peraturan bagasi kabin yang hanya membenarkan 1 bagasi kabin sahaja, hari ini pihaknya kembali mengeluarkan peraturan baru berkenaan peraturan bagasi kabin.

Berkuatkuasa 7 Julai 2020 (Selasa), pihak AirAsia akan membenarkan para penumpang membawa masuk 2 bagasi kabin seperti peraturan normal sebelum ini.

Kedua-dua bagasi tersebut hendaklah tidak melebihi berat sebanyak 7 kilogram.

Saiz bagasi kabin yang dibenarkan adalah seperti berikut :

  1. Bagasi berukuran tidak melebihi 56 cm (ketinggian) x 36 cm (lebar) x 23 cm (panjang) atau ukuran maksimum 115 cm, muat disimpan di dalam ruang simpanan atas kabin.
  2. Beg komputer riba atau beg kecil/beg tangan yang tidak melebihi 40 cm (ketinggian) x 30 cm (lebar) x 10 cm (panjang) atau ukuran maksimum 80 cm, muat disimpan di bawah tempat duduk hadapan.
AirAsia Umum Peraturan Bagasi Kembali Normal Mulai Hari Ini, Boleh Bawa 2 Bagasi Masuk Kabin
AirAsia Umum Peraturan Bagasi Kembali Normal Mulai Hari Ini, Boleh Bawa 2 Bagasi Masuk Kabin
Sumber : AirAsia

Jika anda ingin membawa muatan bagasi yang lebih daripada 7 kilogram, anda perlu membuat add-ons elaun bagasi sebelum penerbangan.

Pembelian add-ons atau naik taraf bagasi boleh dilakukan 4 jam sebelum penerbangan.

Sebelum ini, AirAsia menetapkan peraturan 1 bagasi kabin sahaja ketika menaiki pesawat. Namun demikian, sekiranya bagasi tersebut melebihi had 7 kilogram, anda boleh mendaftar masuk bagasi tersebut secara percuma untuk 7 kilogram pertama.

Baca selanjutnya di sini :

Nampaknya penerbangan juga kembali normal. Apa kata anda luangkan masa hujung minggu atau cuti anda untuk jalan-jalan dalam Malaysia?

Ini cadangan tempat yang mungkin anda boleh kunjungi kelak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tenang Getaway, Lokasi Terbaru Untuk Kaki Camping Di Lundu
Next Article Tular Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia, PDRM Ambil Tindakan Tular Dokumentari Al-Jazeera Burukkan Malaysia, PDRM Ambil Tindakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?