• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disuruh Jual Diri Walaupun Dah Ada 2 Anak, Wanita Asal Sarawak Dedah Diugut Bekas Suami Dari Neraka

Oleh
Husna Hazmi
15 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Laporan polis telah dibuat.

Disuruh Jual Diri Walaupun Dah Ada 2 Anak, Wanita Asal Sarawak Dedah Diugut Bekas Suami Dari Neraka. Baru-baru ini tular kejadian di mana seorang wanita ini meluah kisah sedih kehidupannya yang terpaksa mengharungi alam rumahtangga yang bagaikan neraka.

Alam perkahwinan sepatutnya menjadi perkara bahagia serta boleh membuat kita gembira, namun luahan Sofeadelya di Instagram dan Facebook yang diugut, dihina dan dipukul oleh bekas suaminya baru-baru ini telah membuat orang ramai berasa geram.

Disuruh Jual Diri Walaupun Dah Ada 2 Anak, Wanita Asal Sarawak Dedah Diugut Bekas Suami Dari Neraka
Disuruh Jual Diri Walaupun Dah Ada 2 Anak, Wanita Asal Sarawak Dedah Diugut Bekas Suami Dari Neraka. Kredit foto: Tangkap layar dari Md Fadhilah

Dianiaya, diugut serta dipukul oleh bekas suaminya

Dalam perkongsian Sofeadelya mendedahkan bahawa dia telah dianiaya, diugut serta dipukul oleh bekas suaminya. Dia turut memuat naik rakaman perbualannya bersama si bekas suami di mana dia telah dihina bertubi-tubi.

Dalam perbualan tersebut, si bekas suami tersebut tergamak menyuruhnya menjual diri serta maruah dengan harga RM 1000 gara-gara hutang dan melemparkan hinaan terhadap keluarga Sofeadelya sekali.

Bekas suaminya, Muhammad Azrul itu turut berkata ‘jangan mati dulu, i nak kaya nak campak duit kat muka mama u’ dalam rakaman perbualan yang telah dikongsikan tersebut.

Sofeadelya juga turut mendedahkan dia mempunyai bukti bahawa dirinya pernah dipijak bertubi-tubi dan dibelasah oleh bekas suaminya.

Dah bercerai, phone dirampas, duit diambil. Bila mengadu dekat bekas ibu mertua “memang layak pun kau kena” + segala isi kandungan phone saya disebarkan.

Wajarkah kalau saya berdiam diri? Hutang pun dah selesai kan Azrul?

Disuruh Jual Diri Walaupun Dah Ada 2 Anak, Wanita Asal Sarawak Dedah Diugut Bekas Suami Dari Neraka
Kredit foto: IG Sofeadelya

Tambahnya Sofeadelya, dia mengaku bahawa dirinya masih muda serta masih banyak lagi yang dia perlu pelajari dan baiki. Tetapi ajar itu tidak bermaksud dengan cara kekerasan.

Setakat ini, sebanyak 4 laporan polis telah dibuat oleh dirinya tetapi tiada tindakan yang diambil.

Untuk mangsa keganasan rumahtangga di luar sana, anda boleh membuat aduan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan yang berhampiran; Menghubungi talian Teledera 1 800 88 3040.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya
Tergamak Pukul Bapa Guna Vape, Penganggur Dipenjara Setahun Di Kuching
SUMBER :Mingguan Wanita
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hilux Ditemui Dalam 'Longkang' Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya Hilux Ditemui Dalam ‘Longkang’ Di Sabah, Buat Netizen Tertanya-Tanya
Next Article Tular Rakaman 'Abang Polis' Tertidur Berdiri Ketika Bertugas, Warga Kuching Luah Rasa Risau Tular Rakaman ‘Abang Polis’ Tertidur Berdiri Ketika Bertugas, Warga Kuching Luah Rasa Risau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?