• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP

Oleh
Nazihah AN
28 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP

KPDNHEP melarang isi minyak dalam tong, drum dan apa-apa bekas plastik

Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP. Majoriti rakyat bengang dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPDNHEP berkenaan dengan individu atau organisasi perlu memohon lesen khas untuk mengisi minyak ke dalam bekas (tong).

Isi Isi Penting
  • KPDNHEP melarang isi minyak dalam tong, drum dan apa-apa bekas plastik
  • Ini rupanya penjelasan pihak KPDNHEP
  • Pembelian diesel atau petrol dalam kuantiti 20 liter dibenarkan
  • Hal ini terjadi kerana risau berlakunya penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Turut difahamkan juga bahawa perniagaan kecil, organisasi atau individu perlu memohon lesen khas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk layak membeli petrol dan diesel dari stesen minyak untuk kegunaan sendiri.

Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP
Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP. Sumber gambar Twitter @KucingKuncitara

Ini rupanya penjelasan pihak KPDNHEP

Baru-baru ini pihak KPDNHEP telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan berkenaan dengan isu tersebut. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata permit khas itu hanya tersedia untuk pembelian melebihi 20 liter dan ke atas sahaja.

Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP
Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP. Sumber gambar: FB Alexander Nanta Linggi
Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP
Sumber gambar: FB Alexander Nanta Linggi

Pembelian diesel atau petrol dalam kuantiti 20 liter dibenarkan

Turut dibenarkan untuk membeli minyak berseubsidi tersebut dalam kuantiti 20 liter ke dalam bekas plastik yang ada ciri-ciri keselamatan. Pembelian kurang 20 liter dan bagi kes kecemasan (contoh kereta kehabisan minyak), tidak perlu memohon permit.

Manakala individu atau organisasi hendak membeli lebih daripada 20 liter hendaklah mempunyai permit. Permit ini boleh dimohon secara dalam talian atau hadir terus ke mana-mana pejabat KPDNHEP. Kelulusan akan diberikan dalam tempoh kurang dari 7 hari.

Permit menerusi AKB 1961 adalah PERCUMA dan terpakai untuk tempoh 12 bulan atau 1 tahun.

Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP
Sumber gambar: FB Sarawak Roads Update

Hal ini terjadi kerana risau berlakunya penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Keperluan permit khas itu bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol dan diesel daripada diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tiada bayaran dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.

Pernah tular beberapa kali kenderaan asing mengisi minyak RON95 di Sarawak. Baca lebih lanjut di pautan di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Shihlin Taiwan Street Snacks Kini Sudah Dibuka Di Vivacity Megamall Shihlin Taiwan Street Snacks Kini Sudah Dibuka Di Vivacity Megamall
Next Article Kad ATM Ditolak, Lelaki Tawau Ini Jadi ‘Hero’ Bantu Pelancong Asing Dalam Kesusahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?