Kereta terbakar itu dilaporkan berasal dari Indonesia
Tular Kejadian Kereta Terbakar, Suspek Gaduh Sama Diri Gara-Gara Tak Puas Hati Ditahan Polis. Semalam dilaporkan beberapa lelaki dilihat bergaduh sesama sendiri berikutan pertelingkahan tidak puas hati sesama mereka.
Turut dilaporkan ialah sebuah kereta dengan nombor plat Indonesia yang sedang terbakar dipercayai ada kaitan dengan pergaduhan itu.
Sudah ditahan polis
Difahamkan, suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu bergaduh sesama sendiri kerana rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
Kejadian yang berlaku di hadapan sebuah farmasi berhampiran Emart Batu Kawa itu dikongsi oleh Sarawak Roads Updates di Facebook.
Menurut mereka, kesemua suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu telah ditahan polis untuk tindakan lanjut.
Ketika artikel ini ditulis, PDRM Kuching masih belum membuat sebarang pengumuman berhubung kejadian tersebut.
