• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Noh Salleh ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik

Oleh
Nazihah AN
23 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Noh Salleh 'Catwalk' Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menegur selebriti ini di laman sosial rasminya.

Tular Noh Salleh ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik. Baru-baru ini telah tular satu video artis kelahiran Sarawak yang juga merupakan vokalis kumpulan Hujan ini membuat penampilan di salah satu acara industri fesyen Malaysia di Kuala Lumpur.

Penyanyi Noh Salleh telah dipilih sebagai runway model di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022). Namun, penampilan Noh di pentas KLFW menjadi perhatian ramai hingga turut mendapat reaksi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tular Noh Salleh 'Catwalk' Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik
Tular Noh Salleh ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik. Sumber gambar: FB Noor Hisham Abdullah 

KKM memandang serius terhadap isu ini

Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook rasminya, dengan memuatnaik kenyataan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

Pada awal kemunculannya di pentas pentas peragaan, Noh dilihat memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan dalam sebuah video TikTok yang tular. Vokalis Hujan itu juga dilihat membuat aksi cuba meminta pemetik rokok daripada hadirin yang berada di hadapannya sebelum meneruskan langkah sambil meletakkan rokok tersebut di mulutnya.

https://www.facebook.com/DGHisham/posts/pfbid02kyPJTozr9fAd4Buoadkum7v2Zsepannnym2tcx3vtMAoqXjRaz3wfDWWzF2JLNkol

Kelakuan selebriti ini tidak sesuai dilakukan dalam acara nasional.

Biarpun tidak dinyalakan, penampilan penyanyi berusia 38 tahun itu tetap tidak disenangi banyak mata dek kelakuan yang disifatkan tidak sesuai dilakukan dalam acara nasional.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja. Dari sudut kesihatan, perbuatan merokok atau menghisap vape sememangnya mendatangkan kemudaratan baik kepada perokok dan orang di sekeliling mereka.

Tular Noh Salleh 'Catwalk' Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik
Tular Noh Salleh ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik. Sumber gambar: Tiktok @budieychannel

Sebagai seorang selebriti, tingkahlaku mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat dan akan menjadi ikutan. Oleh itu, sebagai selebriti mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan tingkahlaku yang baik yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat.”

Beliau turut tambah bahawa ianya selaras dengan hasrat KKM untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya kawalan terhadap produk merokok secara komprehensif dapat dilaksanakan bagi mengekang masalah merokok di kalangan masyarakat Malaysia.

KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta denda saman RM210 juta. Baca lebih lanjut di bawah:

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan

Presiden PAS, Hadi Awang Digesa Agar Dilarang Masuk Sarawak Seumur Hidup

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan
Next Article Netizen Terhibur Dengan Barangan 'Kepunyaan' Billie Eilish Dijual Online, Siap Ada Botol Air Bernilai RM1.2K Netizen Terhibur Dengan Barangan ‘Kepunyaan’ Billie Eilish Dijual Online, Siap Ada Botol Air Bernilai RM1.2K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?