I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan

Oleh Kedung BK 23 Ogos 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan

4 lagi kes masih dibicarakan

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan. Terkini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam rayuan terakhirnya terhadap sabitan bersalah Mahkamah Tinggi berhubung kes rasuah SRC International Sdn. Bhd. dan dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta denda saman RM210 juta.

Setelah kes ini selesai, Najib akan sekali lagi menghadapi mahkamah untuk empat lagi kes yang sedang berjalan yang turut melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan
Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan

1. Rasuah 1MDB RM2.28 bilion

Ia dilaporkan sejumlah RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindah ke akaun peribadi Najib, menurut saksi.

Saksi ke-13 dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram dana milik 1MDB itu, bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail mengesahkan perkara tersebut ketika dirujuk carta aliran jejak wang daripada 1MDB di Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan pada April lalu.

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan
Tan Sri Ismee merupakan saksi ke-13 dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram dana milik 1MDB yang melibatkan Najib. Kredit foto: Yahoo! News

Ketika itu, Najib menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.28 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah sama.

Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009 untuk 4 pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh rasuah, manakala 21 pertuduhan pengubahan wang haram disiasat di bawah AMLATFA 2001

2. Pecah amanah RM6.6 bilion dengan Tan Sri Mohd. Irwan

Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah, kini menghadapi enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.

Untuk pertuduhan pertama, Najib dan Mohd Irwan didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta berjumlah RM1.2 bilion milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah ke atas harta tersebut.

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan
Tan Sri Mohd. Irwan, bersama Najib, menghadapi enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM606 bilion. Kredit foto: MalaysiaKini

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua mereka didakwa atas jawatan sama yang telah diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik kerajaan Malaysia, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.

Tuduhan seterusnya, mereka didakwa bersama-sama atas jawatan sama telah melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB) milik kerajaan Malaysia.

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan
Kredit foto: Utusan Malaysia

Untuk pertuduhan keempat, merka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai milik kerajaan Malaysia.

Pertuduhan kelima dan keenam adalah penggunaan jawatan sama untuk melakukan pecah amanah sejumlah CNY 1.95 juta (bernilai RM1,261,065,000) dan RM2 bilion milik kerajaan Malaysia.

Perbicaraan yang sepatutnya dijadualkan pada September dan Oktober 2021 dilapangkan bagi memberi laluan kepada dua perbicaraan kes 1MDB yang melibatkan Najib.

Ketika itu, Timbalan Pendakwa Raya Nik Syahril Nik Ab. Rahman memaklumkan bahawa saksi-saksi dan keterangan yang akan dikemukakan pada perbicaraan kes itu adalah sama dengan kes 1MDB.

3. Meminda laporan akhir audit 1MDB bersama Arul Kanda

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dan Najib didakwa atas kesalahan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Malaysia untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan berkenaan bagi melindungi Najib (yang memegang jawatan Ahli Parlimen Pekan pada masa itu) daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan perbicaraan telah bersambung sejak 18 Ogos 2022.

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan
Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib untuk meminda laporan akhir audit 1MDB bagi melindungi Najib daripada tindakan tatatertib. Kredit foto: The Star

4. Pengubahan wang haram RM27 juta

Najib berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta berhubung dengan satu lagi dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Najib didakwa melakukan kesalahan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014, menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baru 1 Kes Selesai, Ini 4 Lagi Kes Najib Razak Yang Masih Dibicarakan
Kredit foto: BBC

Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Perbicaraan asal pada bulan Mei lepas telah ditangguhkan ke bulan Ogos 2022. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLATFA 2001.

Pada tahun 2020, Najib didapati bersalah atas kesemua pertuduhan salah guna kuasa dan pecah amanah:

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Acu Pisau Di Leher Ibu, Penganggur Di Kuching Didenda RM 3K Dan Penjara 3 Bulan
Next Article Tular Noh Salleh 'Catwalk' Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik Tular Noh Salleh ‘Catwalk’ Sambil Pegang Rokok, DG Hisham Tegur Bawa Imej Tidak Baik

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?