• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Polis Tahan Lelaki Mengamuk Lempar Botol Arak Di Katedral St Joseph Kuching

Oleh
Husna Hazmi
9 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Kakak lelaki tersebut turut beri penjelasan mengenai masalah mental adiknya

Tular Polis Tahan Lelaki Mengamuk Lempar Botol Arak Di Katedral St Joseph Kuching. Suasana tenang di Katedral St. Joseph, Kuching tiba-tiba bertukar kecoh apabila seorang lelaki mengamuk dan mencetuskan kekecohan semasa orang ramai sedang beribadah pada misa senja.

Dalam kejadian yang tular di Facebook itu, lelaki tersebut menjerit kata-kata kesat sebelum melemparkan sebotol arak yang berisi ke arah kawasan sanctuary, mengakibatkan kaca bertaburan dan mengejutkan semua yang hadir. Bagaimanapun, pihak polis bertindak pantas dan berjaya mengawal keadaan sebelum situasi menjadi lebih buruk dan tiada kecederaan dilaporkan.

Tular Polis Tahan Lelaki Mengamuk Lempar Botol Arak Di Katedral St Joseph Kuching
Tular Polis Tahan Lelaki Mengamuk Lempar Botol Arak Di Katedral St Joseph Kuching. Sumber gambar: FB Pete Joe

Kakak lelaki berkenaan dedah lelaki Ini bergelut dengan masalah mental

Di sebalik insiden ini, kakak kepada lelaki berkenaan, tampil memberikan penjelasan mengenai keadaan adiknya. Dalam mesej WhatsApp yang dikongsikan, dia telah merayu agar orang ramai tidak terus menyebarkan video kejadian tersebut dan memahami keadaan mental adiknya.

Menurutnya, adiknya telah lama bergelut dengan masalah kesihatan mental sejak pemergian ibu mereka, dan keluarga mereka telah mencuba sedaya upaya untuk membantunya.

“Kami hanya berharap mereka yang menyebarkan video ini dapat mendoakan kesejahteraannya dan kesihatan mentalnya. Dia telah berdepan dengan masalah ini sejak pemergian ibu kami. Kami sudah cuba yang terbaik, tetapi dia kini berada di tahap di mana dia merasakan hidup tidak lagi berharga.”

Tular Polis Tahan Lelaki Mengamuk Lempar Botol Arak Di Katedral St Joseph Kuching
Sumber gambar: FB Pete Joe

Kakaknya akui adiknya ‘gila’

Lebih mengejutkan apabila kakaknya berkata, lelaki tersebut sebenarnya telah dibaptis di gereja St. Joseph, dan pernah menjadi altar boy di gereja ini serta St. Mark.

“Sedih untuk dikatakan, tetapi dia memang ‘gila’. Ramai dalam gereja sendiri tahu kerana semasa bulan rosari, kami hanya menjemput beberapa orang yang dia kenal baik agar dia tidak terkejut atau rasa tidak selesa,” tambahnya.

Keluarga mereka segera menghantarnya ke hospital sebaik sahaja pihak polis memaklumkan mengenai insiden tersebut. Beatrice juga merayu agar orang ramai berhenti menularkan kejadian ini kerana ia memberi kesan besar kepada ahli keluarga lain, terutamanya seorang lagi adik mereka yang sedang menunggu pengesahan gereja.

Tular Polis Tahan Lelaki Mengamuk Lempar Botol Arak Di Katedral St Joseph Kuching
Sumber gambar: FB Pete Joe

Walaupun kejadian ini mengejutkan ramai, ia juga menjadi peringatan tentang kepentingan kesedaran terhadap kesihatan mental dan kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Apapun semoga lelaki ini mendapat bantuan yang diperlukan dan diberikan ruang untuk pulih dengan sokongan orang di sekelilingnya.

Dalam masa yang sama, tindakan pantas pihak berkuasa patut dipuji, dan insiden ini menjadi peringatan bahawa keselamatan di tempat awam harus sentiasa dipandang serius.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

96 Bengkel Petronas AutoExpert Tawar Diskaun Servis Kenderaan Sempena Raya
Kerajaan Sarawak Luluskan Peruntukan RM 200 Juta Bagi Naik Taraf Jalan Stutong Link
SUMBER : FB Pete Joe
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 96 Bengkel Petronas AutoExpert Tawar Diskaun Servis Kenderaan Sempena Raya
Next Article Polis Sahkan Lelaki Mengamuk Di Katedral St. Joseph Kuching Miliki Rekod Kesihatan Mental

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?