• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Tular Tampar Pemain Perempuan, Jurulatih Lelaki Pasukan Melaka Kini Digantung

Oleh
Ismail NA
2 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Tindakan ‘dayus’ membawa padah.

Tular Tampar Pemain Perempuan, Jurulatih Lelaki Pasukan Melaka Kini Digantung. Selepas tular menampar dua pemain bola tampar remaja perempuan, seorang jurulatih telah digantung daripada semua aktiviti bola tampar negara sementara menunggu siasatan selesai dan menentukan langkah seterusnya.

Susulan kes tersebut, sebuah badan siasatan telah ditubuhkan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bertujuan untuk menyiasat kejadian tersebut dengan serta-merta. Pihak berkaitan yang terbabit juga akan dihubungi bagi membantu siasatan.

Tular Tampar Pemain Perempuan, Jurulatih Lelaki Pasukan Melaka Kini Digantung
Tular Tampar Pemain Perempuan, Jurulatih Lelaki Pasukan Melaka Kini Digantung

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MAVA semalam, pihaknya sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kekerasan ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta Perlembagaan MAVA.

Tampar pemain remaja perempuan semasa waktu rehat perlawanan bola tampar

Terdahulu, sebuah video klip telah tular di laman media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki pertengahan usia yang dipercayai merupakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar dua pemain remaja perempuan. Insiden tersebut dipercayai berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang diadakan pada 14 hingga 16 Disember lepas.

Menerusi video pendek berkenaan, dua pemain berkenaan dilihat agak ralat selepas ditampar oleh jurulatih berkenaan namun tetap mendengar nasihat dan arahan jurulatih. Penularan video ini mengundang amarah daripada netizen yang berpendapat jurulatih berkenaan ‘dayus’.

KPM, KPT tidak akan berkompromi

Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian itu tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat tindakan jurulatih itu.

Beliau berkata laporan penuh berkenaan isu itu akan menyusul dan kementeriannya turut memohon saksi untuk tampil bagi memberi keterangan.

“Tekad mewujudkan Sekolah Selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam ciapan menerusi Twitter rasminya malam tadi.

https://twitter.com/FadhlinaSiddiq/status/1609545316352819203?s=20&t=p_X8STXasyjpKFwSeLcVtQ

Dalam pada masa yang sama, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Pekan Ramli turut bersuara dan menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan.

Tegasnya, ia merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku terutama dalam kejohanan di peringkat sekolah dan tidak mencerminkan budaya sebenar masyarakat di Malaysia. Malah, tindakan menampar pemain di hadapan pemain yang lain adalah satu perkara yang memberikan kesan yang sangat negatif kepada pemain.

Lagi artikel menarik:

Kerajaan Sarawak Rancang Bina Litar Lumba Sukan Permotoran Di Kuching
https://www.iloveborneo.my/berusia-150-tahun-ketahui-bahawa-regatta-sarawak-adalah-sukan-air-tertua-di-dunia/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hantar Baju Terpakai Ke H&M Anda Boleh Dapatkan Baucar Diskaun, Ini Caranya Hantar Baju Terpakai Ke H&M Anda Boleh Dapatkan Baucar Diskaun, Ini Caranya
Next Article Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?