• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Lelaki Sabah Bawa Periuk Nasi Ke Pusat Mengundi, Buat Netizen Terhibur

Oleh
ILB - AI
20 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki muatnaik video di TikTok, bawa periuk nasi turun mengundi di Sabah

Tular Video Lelaki Sabah Bawa Periuk Nasi Ke Pusat Mengundi, Buat Netizen Terhibur. Adanya media sosial yang semakin rancak digunakan pasti kita juga dapat melihat pelbagai karenah penggunanya terutamanya kerenah, gelagat dan momen yang berlaku semasa hari pengundian dilaksanakan semalam.

Salah satu yang tular hari ini apabila seorang lelaki telah memuatnaik sebuah video di akaun peribadinya dimana aksinya membawa periuk nasi ke pusat mengundi di Sabah.

Tular Video Lelaki Sabah Bawa Periuk Nasi Ke Pusat Mengundi, Buat Netizen Terhibur
Tular Video Lelaki Sabah Bawa Periuk Nasi Ke Pusat Mengundi, Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @kidip90

Bawa periuk nasi atau lanjang, petugas SPR pelik lihatnya malah video tular itu juga buat netizen terhibur

Aksi lelaki tersebut sangat tidak terjangka kerana beliau telah membawa sebuah periuk nasi atau dikenali sebagai lanjang oleh orang Sabah ke pusat mengundi. Dalam video tersebut juga dapat kita saksikan gelagat hairan petugas SPR yang menyaksikan momen beliau dengan membawa lanjang sambil menuju ke saluran undi.

Tular Video Lelaki Sabah Bawa Periuk Nasi Ke Pusat Mengundi, Buat Netizen Terhibur
Tular Video Lelaki Sabah Bawa Periuk Nasi Ke Pusat Mengundi, Buat Netizen Terhibur. Sumber gambar: TikTok @kidip90

Menurut salah satu tanda pagar yang digunakan oleh beliau dalam kapsyen video tersebut, itu adalah satu cabaran yang harus dilakukan oleh beliau. Melihat beliau menyahut dan memuatnaik video itu ke dalam platform TikTok, warga netizen di TikTok kebanyakkannya terhibur.

Ada yang meninggalkan respon bahawa mungkin ini adalah satu tindakan yang seperti membawa maksud tersirat yang lain sebenarnya. Ada juga yang berjenaka bahawa bawa periuk nasi boleh tanak nasi sambil tunggu giliran.

Tular Video Lelaki Sabah Bawa Periuk Nasi Ke Pusat Mengundi, Buat Netizen Terhibur
Sumber gambar: TikTok @kidip90

Walaupun diberi cabaran yang aneh-aneh seperti ini, bukan alasan untuk tidak menlaksanakan tanggungjawab untuk negara.

Rasanya selagi dalam tempoh demam PRU ini walaupun hari beraksi sudah tamat, insiden atau momen atau kisah yang berkaitan dengan PRU pasti belum reda seperti di dalam artikel dibawah:

Tetap Pergi Mengundi Walau Redah Banjir Di Keningau Raih Pujian Netizen
Rundingan Pembentukan Kerajaan Bermula, Siapa Akan Jadi Sekutu PH Dan PN?
SUMBER :TikTok @kidip90
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rundingan Pembentukan Kerajaan Bermula, Siapa Akan Jadi Sekutu PH Dan PN? Rundingan Pembentukan Kerajaan Bermula, Siapa Akan Jadi Sekutu PH Dan PN?
Next Article Kafe Estetik Dan Instagramable, Nikmati Menu Fusion Di Zoro La Promenade Mall Kuching Kafe Estetik Dan Instagramable, Nikmati Menu Fusion Di Zoro La Promenade Mall Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?