• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Pagar Rumah Habis Dikebas Di Miri, Polis Kini Giat Kesan Suspek

Oleh
Husna Hazmi
2 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Harapkan pagar, pagar pula kena curi

Tular Video Pagar Rumah Habis Dikebas Di Miri, Polis Kini Giat Kesan Suspek. Dilaporkan bahawa, pihak berkuasa kini sedang memburu suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian mencuri pagar rumah di kawasan perumahan Sealine 1, Lutong, beru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, pihak beliau menerima satu laporan daripada seorang kontraktor perumahan kira-kira jam 11.48 pagi pada Khamis berhubung kejadian berkenaan.

Tular Video Pagar Rumah Habis Dikebas Di Miri, Polis Kini Giat Kesan Suspek
Tular Video Pagar Rumah Habis Dikebas Di Miri, Polis Kini Giat Kesan Suspek

Pagar dikebas orang tidak dikenali

Dalam laporan yang diterima beliau, dikatakan bahawa salah satu pagar rumah di kawasan perumahan Sealine 1 tersebut telah dikebas orang tidak dikenali diikuti video kes kecurian itu tular di media sosial.

Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan rakaman CCTV pula telah diperoleh sebagai bukti.

Rakaman CCTV yang tular itu telah menunjukkan terdapat dua orang lelaki telah mengangkat pagar sebuah rumah dan meletakkannya di atas bumbung kereta berwarna silver.

Oleh itu, Alexson berkata BSJ IPD Miri kini telah membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. 

Tular Video Pagar Rumah Habis Dikebas Di Miri, Polis Kini Giat Kesan Suspek

Pihak BSJ IPD Miri kini telah melancarkan Op Kesan bagi mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” ujar beliau lagi.

Dalam masa yang sama, pihak polis juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan insiden ini diminta untuk tampil ke balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Norashikin Adin di talian 085-433222 untuk menyalurkan maklumat berkaitan. 

Lagi berita untuk anda di sini:

Tak Sedar Diri Dirakam, Pencuri Selamba Mencuri Siang Hari Di Sejijak
Lelaki Dikenakan Denda RM2,500 Gara-Gara Jual Pokok Bonsai Dicuri Dengan Harga RM250 Di Kuching
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih 20 Jenis Permainan Indoor Yang Anda Boleh Cuba Di Sentosa Theme Park
Next Article Bukit Kasut Di Miri Ini Hidden Gem Untuk Penggemar Hiking Bukit Kasut Di Miri Ini Hidden Gem Untuk Penggemar Hiking

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?