• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Video Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah

Oleh
Nazihah AN
23 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Tular Disyaki Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah

Individu mengaku bersalah di hadapan Majistret.

Tular Video Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah. Telah dilaporkan seorang individu yang disyaki pembuli jalanan baru-baru ini di Jalan Pasar Sungai Maong telah dikenakan denda RM800 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret.

Terdahulu, telah tular satu video berdurasi 30 saat di laman Facebook, dimana mangsa yang juga merupakan pemilik video tersebut telah digertak di tengah jalan oleh seorang pemandu jalan raya dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati.

Tular Video Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah
Tular Video Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah

Tertuduh dikenakan hukuman ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dipetik dari The Borneo Post, individu Mohd Masyhur Mohamed, 31, didapati mengaku bersalah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali atas pertuduhan ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Difahamkan bahawa tertuduh tersebut melakukan kesalahan itu sekitar jam 11.30 pagi pada 18 Jun 2022 di Jalan Pasar Sungai Maong.

Berdasarkan fakta kes, pengadu, 28 tahun, sedang memandu di sepanjang jalan tersebut apabila kenderaan yang dinaiki tertuduh tersebut bertindak untuk memotong di hadapannya tanpa menggunakan lampu isyarat belok (signal).

Tular Video Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah
Tular Video Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah
Tular Video Pembuli Jalanan Di Batu Kawa, Individu Didenda RM800 Atas Ugutan Jenayah

Tertuduh turut membaling rokok yang menyala ke arah kereta pengadu.

Ini menyebabkan pengadu yang ketika itu bersama suami dan anaknya membunyikan hon kereta dan kedua-dua kenderaan itu berhenti di tepi jalan.

Pada ketika ini, tertuduh menghampiri kereta pengadu dan mula menumbuk tingkap dan menjerit menunjukkan rasa tidak puas hati. Dilaporkan juga bahawa tertuduh turut membaling rokok yang menyala ke arah kereta pengadu.

Difahamkan tertuduh berkelakuan sedemikian selepas menyedari salah seorang penumpang di dalam kereta pengadu sedang merakamnya menggunakan telefon bimbit.

Klip 30 saat kejadian itu kemudiannya tular di media sosial.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Lembaga Air Kuching melalui sebuah notis hari ini memberitahu orang awam bahawa terdapat gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan. Baca selanjutnya di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Book Flight Dah, Roti Gardenia Kini Boleh Didapati Di Pasaraya Farley Kota Samarahan
Next Article Ini Tindakan Produktif Yang Boleh Beri Pengajaran Kepada Akaun Sosial Media Yang Tidak Bertanggungjawab

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?