• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi

Oleh
Nazihah AN
28 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi

Maklumat yang diperlukan begitu terperinci sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai

Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi. Premier Sarawak Abang Johari Openg berpendapat Pangkalan Data Utama (Padu) tidak sepatutnya mengumpul maklumat peribadi yang terlalu terperinci sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, had yang munasabah perlu ditetapkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi untuk melindungi maklumat peribadi rakyat, sejajar dengan peruntukan perlembagaan terutamanya dari segi kebebasan.

Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi

Abang Jo Anggap PADU Ibarat Sistem Pembocoran Maklumat Peribadi

“Anda mempunyai hak untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi anda. Namun, jika ia berkaitan dengan pendapatan dan keadaan ekonomi, sudah semestinya data itu lebih relevan,” kata Abang Johari seperti dilaporkan Utusan Borneo Online.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis sambutan Nuzul Al-Quran di Kota Samarahan malam tadi.

Walaupun begitu, Abang Johari berkata kerajaan negeri tetap menyokong objektif Padu untuk melaksanakan subsidi bersasar kepada mereka yang layak menerimanya.

“Mereka yang berada dalam kategori itu mesti diberi bantuan. Namun, maklumat yang diperlukan begitu terperinci sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari mendedahkan beliau belum menerima maklumat lanjut mengenai pertemuan antara Kementerian Ekonomi dengan wakil kerajaan Sarawak untuk membincangkan isu Padu.

“Terpulang kepada bila rombongan daripada Kementerian Ekonomi hendak datang kerana sudah semestinya Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ingin lebih memahami punca Sarawak memohon Padu ditangguhkan. Kita juga mahu mendapat maklumat lain terutama melibatkan aspek privasi,” katanya.

Baca juga artikel berkaitan, di bawah:

Ini Kenyataan Rasmi Sarawak Mengenai Pelaksanaan PADU Di Sarawak
Sarawak Minta Beberapa Perubahan Dibuat Dalam PADU – Abdul Karim
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Dakwa Ada Lagi Kejadian Tumpahan Minyak, Kali Ini Di Jalan BDC Pula Netizen Dakwa Ada Lagi Kejadian Tumpahan Minyak, Kali Ini Di Jalan BDC Pula
Next Article Didakwa Langgar Perjanjian, SAINS Dan SiliconNet Technologies Tamatkan Kerjasama Dengan dBazzar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?