• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8

Oleh
Nazihah AN
26 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8

Siapakah Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar?

Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8. Wan Junaidi, 78 tahun, hari ini menerima surat cara pelantikan jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028.

Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8
Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8

Rupanya beliau berasal dari Kampung Pendam, Sadong Jaya

Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilahirkan pada 1 Februari 1946 di Kampung Pendam (kini Sadong Jaya). Beliau menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1964 dan kemudian berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan sehingga 1973.

Setelah mendapatkan pendidikan undang-undang di University of Buckingham pada 1978, beliau menjadi seorang pengamal undang-undang dari 1982 hingga 2008.

Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8

Beliau mulakan kerjaya politiknya pada tahun 1990

Wan Junaidi memulakan kerjaya politiknya pada 1990 dengan memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar. Beliau kemudian pindah ke Parlimen Santubong pada 2004 dan mempertahankannya selama empat penggal berturut-turut hingga pilihan raya umum 2022. Di peringkat Persekutuan, beliau mengetuai pelbagai jawatan penting, termasuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari 2008 hingga 2013.

Pada peringkat kementerian, Wan Junaidi menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dari 2015 hingga 2018, dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari 2020 hingga 2021. Antara sumbangan pentingnya ialah semasa dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada 2021 hingga 2022, di mana beliau berjaya membawa pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan ‘lompat parti’ dan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pada tahun 2023, Wan Junaidi diangkat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-19, menggantikan Tan Sri Dr. Rais Yatim. Beliau memfokuskan usaha pada reformasi Parlimen untuk meningkatkan cabang legislatif. Sebagai seorang penulis, Wan Junaidi telah menulis beberapa buku, termasuk ‘A Policeman’ dan ‘Evolusi Parlimen dan Speaker Parlimen Malaysia’.

Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8
Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8
Kenali Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, TYT Sarawak Ke-8

Juga tidak dapat dilupakan, beliau pernah mempertaruhkan nyawa dalam beberapa siri operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara di kawasan Miri, Sibu serta Kapit semasa berkhidmat bersama Pasukan Polis Hutan, menjadi bukti kesetiaan patriot itu semasa negara berada dalam tempoh sukar.

Khidmat beliau yang bermula sebagai seorang wira Sang Saka Biru sewaktu negara masih diancam komunis satu ketika dahulu seterusnya berkembang dalam arena politik dan pentadbiran negara, kini mengorak ke depan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

TERKINI Wan Junaidi Sah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8
Abdul Karim Sahkan Majlis Angkat Sumpah TYT Sarawak Berlangsung 29 Januari Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI Wan Junaidi Sah Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Ke-8
Next Article Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun Kenali Moipanau, Tradisi Iringi Pengantin Perempuan Ke Rumah Pengantin Lelaki Kaum Dusun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?