Permohonan kemasukan khas sesi ambilan 2024/2025
UNIMAS Tawar Peluang Untuk Anak Sarawak B40 Lanjut Pengajian Ijazah Sarjana Muda. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini membuka peluang khas kepada anak negeri Sarawak yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Tawaran ini adalah khusus untuk mereka yang telah menamatkan STPM atau memiliki diploma yang setaraf, terutamanya calon-calon yang sebelum ini gagal dalam permohonan UPU. Program ini adalah sebahagian daripada usaha UNIMAS untuk membantu anak-anak Sarawak, terutamanya dari golongan B40, bagi mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi yang berkualiti.

Cara-cara permohonan di bawah
Peluang ini terbuka kepada semua calon yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Mereka yang berminat disarankan agar membuat semakan syarat terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan. Semakan boleh dilakukan dengan mudah melalui imbasan kod QR yang disediakan pada poster kemasukan ini.
Atau anda boleh membuat permohonan di sini👇🏻
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan untuk kemasukan khas ini akan ditutup pada 4 Oktober 2024. Oleh itu, calon yang berminat dinasihatkan untuk menghantar permohonan mereka seawal mungkin. Kod QR yang disediakan bukan sahaja memberi akses kepada syarat-syarat program, tetapi juga membolehkan calon menghantar permohonan secara terus melalui platform dalam talian yang disediakan oleh UNIMAS.
Calon yang berjaya mendapat tawaran akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di UNIMAS, salah satu universiti yang diiktiraf dan berkualiti tinggi di Malaysia, terutamanya di Borneo. Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar daripada keluarga B40 yang mungkin menghadapi kekangan kewangan bagi melanjutkan pengajian.
Bagi mereka yang memerlukan maklumat lanjut, UNIMAS turut menyediakan saluran komunikasi yang mudah dihubungi. Calon boleh menghantar pertanyaan melalui emel ke alamat [email protected] atau melayari laman web rasmi https://www.bpps.unimas.my/. Selain itu, calon juga boleh menghubungi pihak universiti melalui talian +6082-581165 atau 1063/1056 bagi mendapatkan maklumat tambahan.

