• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching

Oleh
Ismail NA
14 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Siapa Sangka Urutan Warga OKU Ini Sangat Memuaskan. Anda Patut Cuba!

Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching. Kepada individu yang pergi ke Kuching atas urusan kerja, pasti anda penat seharian berhadapan dengan situasi yang sedikit asing untuk anda.

Mana nak cari makan lagi, cari transport lagi, dan macam-macam lagi lah. Mulalah badan anda memberi isyarat untuk berehat dan perlukan sedikit urutan. Urutan pun bukan sebarang urutan. Silap hari bulan, tersalah masuk rumah urut 2 in 1 pula.

Apa kata anda cuba khidmat urutan oleh warga kurang upaya ini. Juh!

1. Iska Blind Massage Centre, Plaza Merdeka

Pusat urutan Iska ini dahulunya terletak di atas kopitiam legend iaitu Joo Seng, berhadapan dengan Wisma Saberkas. Kini, anda boleh mengunjungi mereka di Plaza Merdeka untuk mendapatkan khidmat urutan dengan harga yang berpatutan.

Tambahan pula, lokasinya berada di tengah bandaraya Kuching. Bolehlah anda mendapatkan khidmat urutan on the go.

Perkhidmatan boleh didapatkan sama ada secara walk-in atau tempahan melalui nombor yang tertera seperti berikut.

Iska Blind Massage Centre

Alamat : Tingkat 2, Plaza Merdeka, Kuching (Pautan peta Google – https://goo.gl/maps/mftBdvx4Wii81cjCA)
Waktu Operasi : 10 pagi sehingga 8 malam (Buka setiap hari)
Facebook: Iska Blind Massage Centre

Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching
Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching. Kredit : Hooi Jack
Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching
Kredit : FB Iska Blind Massage Services
Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching
Kredit : FB Iska Blind Massage Services

2. Borneo Blind Massage Centre, Jalan Batu Lintang

Borneo Blind Massage Centre yang terletak di bangunan kedai Block 10, Jalan Rock, Batu Lintang ini pula menempatkan beberapa orang tukang urut yang rata-ratanya mempunyai pengalaman selama belasan tahun.

Mereka juga merupakan tukang urut yang terlatih dari Pusat Kemahiran Orang Buta Kuching dan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3.

Borneo Blind Massage Centre

Alamat : LT 1606, Block 10, Tingkat 2, Jalan Rock, 93250 Kuching, Sarawak (Pautan peta Google – https://g.page/borneo-blind-massage-centre?share)
Waktu Operasi : 9 pagi sehingga 6 petang (Buka setiap hari)
Facebook: Borneo Blind Massage Centre

Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching

3. Fringo Blind Health Care Centre, Batu Kawa

Pusat urut orang buta Fringo ini diusahakan oleh sepasang suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan. Mereka mempunyai dua cawangan pusat urut iaitu di Emart Batu Kawa dan di Bandar Baru MJC, Batu Kawa.

Kedua-dua pasangan ini juga merupakan pakar dalam urutan Jepun iaitu Japanese Shiatsu serta akupunktur. Selain itu, mereka juga menyediakan urutan untuk para wanita yang baru bersalin bagi mengembalikan kesihatan dalaman. Wahh, sik sabar rasa nak berurut eh!

Fringo Blind Health Care Centre, Batu Kawa

Alamat : Berdekatan Foodcourt Emart Batu Kawa (Pautan peta Google – https://g.page/emart-batu-kawa?share)
Waktu Operasi : 10 pagi sehingga 10 malam (Buka setiap hari)
Facebook: Fringo Blind Health Care

Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching
Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching
Pemilik Fringo, Encik Tiong bersama pelanggan. Kredit : IG Mr.Mupan
Urutan Padu Daripada Warga OKU, Ini 3 Pusat Refleksologi Wajib Kunjung di Kuching
Kredit : FB Fringo Blind Health Care
Urutan Padu Warga OKU, Ini 3 Tempat Urut Anda Wajib Cuba di Kuching
Kemaskini harga urutan 2022. Kredit : FB Fringo Blind Health Care

Macam best kan? Apa kata anda datang ke pusat urutan ini jika anda bertandang ke Kuching dan merasai sendiri pengalaman urutan yang melegakan. Pada masa yang sama, anda juga boleh membantu golongan ini. Ini barulah 2 in 1 yang betul kan?

Jangan lupa like dan share post ini!

Lepas berurut, barulah best nak jalan-jalan makan angin di Kuching. Cuba usha tempat ni pula:

Port Terbaru Untuk Kaki Foto, Anda Wajib Serbu Muzium Selfie Pertama Di Kuching Ini
https://www.iloveborneo.my/ini-4-lokasi-art-gallery-date-yang-boleh-anda-kunjungi-di-kuching/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Panduan Untuk Buat Tuntutan Jika Barang Anda Hilang Akibat Kecuaian Syarikat Kurier Panduan Tuntutan Jika Barang Anda Hilang Akibat Kecuaian Syarikat Kurier
Next Article Seluas Negara Singapura, Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tasik Bakun, Sarawak Seluas Negara Singapura, Ini Fakta Menarik Yang Tentang Empangan Bakun Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?