• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Usaha Negara Ke Arah Teknologi 5G, Rangkaian 3G Bakal Ditamatkan Tak Lama Lagi

Oleh
Husna Hazmi
18 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Rangkaian 3G dipercayai akan dimatikan pada akhir tahun ini.

Usaha Negara Ke Arah Teknologi 5G, Rangkaian 3G Bakal Ditamatkan Tak Lama Lagi. Rangkaian 3G di Malaysia dipercayai akan ditamatkan sepenuhnya pada akhir 2021, seiring dengan inisiatif meningkatkan liputan jalur lebar yang komprehensif dan berkualiti tinggi di bawah infrastruktur Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Usaha Negara Ke Arah Teknologi 5G, Rangkaian 3G Bakal Ditamatkan Tak Lama Lagi
Usaha Negara Ke Arah Teknologi 5G, Rangkaian 3G Bakal Ditamatkan Tak Lama Lagi

Mempersiapkan negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam sorotan prestasi 2020, penamatan secara berkala tersebut bertujuan mempersiapkan negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G.

Spektrum-spektrum ini bakal digunakan semula untuk meningkatkan liputan 4G dan kapasiti untuk liputan serta asas 5G.

Selain itu, peranti-peranti yang dihantar ke SIRIM untuk pengesahan penggunaan juga tidak akan diluluskan sekiranya ia tidak mempunyai sokongan untuk sistem VoLTE.

Usaha Negara Ke Arah Teknologi 5G, Rangkaian 3G Bakal Ditamatkan Tak Lama Lagi

Syarikat telekomunikasi mengumumkan tentang penutupan rangkaian

Dalam masa yang sama, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan pula mengeluarkan pesanan khidmat masyarakat di mana mereka telah mengumumkan tentang penutupan rangkaian ini, dan meminta para pelanggan mereka untuk mengaktifkan sokongan VoLTE (Voice-over-LTE) untuk menikmati kualiti audio panggilan yang lebih baik.

Baru-baru ini, Celcom telahpun menghantar SMS mengenai perkara ini kepada pelanggan-pelanggannya, dan mengatakan untuk mengaktifkan ciri tersebut supaya kualiti panggilan anda tidak turun terus ke rangkaian 2G apabila menjawabnya.

Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan, bersama-sama dengan KKMM semuanya sedang dalam proses menutup pencawang-pencawang 3G, dan menaiktarafkan kelengkapan radio untuk memudahkan pemasangan rangkaian 4G dan 5G tidak lama lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Servis Hantar Bungkusan Di Pos Laju Bintulu Mengecewakan, Pelanggan Luah Rasa Tidak Puas Hati
Next Article Borang Google Terima Vaksin Disahkan Palsu, MBKS Buat Laporan Polis

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?