• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5

Oleh
ILB - AI
24 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5

Pernah tular beberapa bulan yang lalu kerana menduduki peperiksaan di atas pokok

Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5. Siapa masih ingat Veveonah Mosibin, gadis yang pernah tular beberapa bulan yang lalu akibat video dimuat naik olehnya iaitu ‘24 hours in a Tree Challenge’? Video tersebut telah ditonton sebanyak 700k di YouTube dan berjaya membuka mata masyarakat tentang nasib orang pedalaman yang mempunyai kesukaran untuk melakukan pembelajaran melalui talian.

Secara ringkasnya, kampung halaman Veveonah pada ketika itu tidak mempunyai rangkaian internet yang bagus, memaksa gadis tersebut untuk lakukan peperiksaannya di atas pokok demi mendapatkan capaian internet. Seperti tajuknya, Veveonah menghabiskan masa sepenuh hari di atas pokok tersebut.


Setelah video tersebut tular, beberapa pihak berkenaan telah tampil untuk menaik taraf internet di kampung Veveonah dan kampung-kampung di persekitaran.

Baru-baru ini, gadis tersebut update tentang keputusan peperiksaannya! So how did she do?

Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5
Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5

Veveonah berjaya dapatkan 3.5 CGPA!

Dalam sebuah temu bual terkini, Veveonah dedahkan beliau berjaya dapat 3.5 CGPA dalam peperiksaan terbabit.

Yang membuat perkara ini mengagumkan ialah beliau menduduki peperiksaan tersebut dalam situasi yang sukar jadi untuk mendapatkan CGPA yang sebagus itu tidak dinafikan a very impressive feat!

Pada asalnya, Veveonah telah membina sebuah pondok untuk menduduki peperiksaan tersebut namun ia telah roboh akibat hujan ribut malam sebelum peperiksaan itu. Sedih tetapi tidak patah semangat, Veveonah berputus untuk menduduki peperiksaannya di atas pokok.

Video beliau telah memberi ilham kepada warga Malaysia yang telah menyaksikan dedikasinya untuk pendidikannya.

Walaupun banyak bersimpati dengan nasib orang pedalaman lain yang mengalami perkara yang sama seperti beliau, ia juga menunjukan bahawa seseorang pelajar boleh juga lulus dengan keputusan cemerlang meskipun tidak mempunyai kelebihan seperti pelajar lain.

Nasib bertambah baik setelah tular

Sejak video 24 hours in Tree Challenge tular, Veveonah menjelaskan bahawa hidupnya mengalami banyak perubahan positif dalam waktu yang singkat.

Antaranya ialah beliau ditawarkan biasiswa dari Universitti Malaysia Sabah (UMS) di mana beliau sudah mendaftar dalam Program Asasi university terbabit.

Berkat Usaha Bermalam Di Atas Pokok Untuk Jawab Peperiksaan, Veveonah Akhirnya Dapat CGPA 3.5
Veveonah ditawarkan biasiswa dari UMS susulan videonya tular. Kredit: NST

Selain itu, SKMM telah mengumumkan untuk menaik taraf internet di kampungnya serta kampung-kampung di persekitaran.

Baru-baru ini pula, Shopee telah menghantar satu pasukan untuk hadiahkan Shopee Care Package kepadanya sebagai kesedaran kepada warga Sabah lain tentang kempen Shopee Sapot Lokal Bah! yang menawarkan pakej yang sama untuk pemuda-pemuda lain yang bernasib sama dengan beliau.

Syabas kepada Veveonah atas keputusan cemerlangnya! Semoga usaha beliau diteruskan untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan dalam pendidikannya dan juga kepada pelajar-pelajar lain.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Baca lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Mengaku Pulang Dari Luar Negara, Lelaki Asal Tawau Ini Tanggal Gelang Tangan Semasa Tiba Di KLIA
Next Article MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?