Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027
Sarawak Beri Tawaran, Sedia Tanggung Separuh Kos Sukan SEA 2027. Dilaporkan bahawa, Sarawak telah menawarkan untuk menanggung kira-kira 50 peratus daripada jumlah anggaran kos penganjuran Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2027, kata Menteri Belia dan Sukan persekutuan Hannah Yeoh.
Beliau berkata Sarawak adalah satu daripada tiga negeri yang menawarkan bantuan untuk menganjurkan acara berkenaan selain Sabah dan juga Pulau Pinang.

Status penganjuran Sukan SEA
Mengenai status penganjuran Sukan SEA, kementerian telah menyiapkan kertas kerja untuk disemak oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi supaya maklum balas boleh diberikan. Kertas kerja itu kemudiannya akan dibentangkan di Kabinet keputusan dibuat.
Setakat ini, tiga negeri dikatakan telah menawarkan bantuan penganjuran (Sukan SEA) iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang. Sarawak menawarkan sumbangan kira-kira 50 peratus daripada jumlah anggaran kos penganjuran acara berkenaan.

Mempunyai keupayaan anjur acara sukan antarabangsa
Dalam masa yang sama, Yeoh berkata negeri ini mempunyai keupayaan dalam menganjurkan acara sukan antarabangsa.
Tambahnya lagi, perkara ini telah dibuktikan dengan majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma ke-21) malam tadi.
Dengan Sarawak melabur sepenuhnya dalam kemudahan sukan dan pembangunan atlet, Sarawak boleh dilihat sebagai tempat sukan semula jadi untuk Malaysia.
Oleh demikian, Yeoh berkata, jika ada rancangan untuk menganjurkan acara sukan, Sarawak boleh dipertimbangkan.

