• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini 8 Iklan Nostalgia Lakonan Arwah Adibah Noor Yang Diingati Sehingga Hari Ini

Oleh
Ismail NA
26 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Al-Fatihah, Kak Dibah.

Ini 8 Iklan Nostalgia Lakonan Arwah Adibah Noor Yang Diingati Sehingga Hari Ini. Adibah Noor, nama yang tidak asing lagi dalam dunia nyanyian dan perfileman di Malaysia. Malah, insan seni ini begitu disegani oleh peminat dan seluruh rakyat Malaysia terutamanya apabila beliau muncul dalam iklan komersial.

Isi Isi Penting
  • Al-Fatihah, Kak Dibah.
  • 1. Iklan Raya “Baru Balik Dari London”
  • 2. Iklan “Crocodile Hunter”
  • 3. Iklan “Ikan Di Laut, Asam Di Darat”
  • 4. Iklan “The Rock”
  • 5. Iklan “Cekodok Monster”
  • 6. Iklan “World Cup 2002”
  • 7. Iklan “Temple”
  • 8. *BONUS: Iklan Raya 2022 “Sadaqah”
  • Iklan ini pula bakal membuatkan anak perantau tersentuh terutamanya apabila sudah lama tidak menyambut perayaan di kampung halaman:

Meskipun pelantun lagu ‘Terlalu Istimewa’ ini sudah pun dijemput Ilahi pada petang Sabtu, 18 Jun 2022, namun karyanya begitu tersendiri dan diingati oleh setiap lapisan masyarakat.

Ini 8 Iklan Nostalgia Lakonan Arwah Adibah Noor Yang Diingati Sehingga Hari Ini
Ini 8 Iklan Nostalgia Lakonan Arwah Adibah Noor Yang Diingati Sehingga Hari Ini. Sedutan dari filem Fundamentally Happy lakonan arwah Adibah Noor.

Dalam artikel kali ini, kami ingin mengimbas semula 8 iklan paling nostalgik lakonan arwah Adibah Noor yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyentuh perasaan.

1. Iklan Raya “Baru Balik Dari London”

Terbitan: TV3

Iklan komedi sinikal ini mengisahkan tentang Adibah Noor yang memegang watak sebagai pemandu teksi yang membawa seorang penumpang lelaki yang baru pulang dari London. Kisah ini memberi pengajaran tentang asal usul yang tidak seharusnya dilupakan begitu sahaja.

2. Iklan “Crocodile Hunter”

Terbitan: TV3

Iklan ini nampak mudah dan straight forward, tetapi tetap menghiburkan kerana dialog bahasa pasar yang dituturkan oleh arwah Adibah Noor dan gandingannya. Iklan ini merupakan iklan promosi untuk rancangan Crocodile Hunter yang popular pada masa itu.

3. Iklan “Ikan Di Laut, Asam Di Darat”

Terbitan: Petronas

Siapa tidak tahu iklan yang satu ini? Lagu yang didendangkan oleh Raju dan Suparjo dalam iklan ini menjadi siulan masyarakat yang pernah menontonnya sehingga ke hari ini. Iklan lakonan arwah Adibah Noor ini mencerminkan tentang permuafakatan dan semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

4. Iklan “The Rock”

Terbitan: TV3

Iklan ini pula penuh dengan aksi dramatik yang menghiburkan. Arwah Adibah memang pakar lah buat mimik muka yang buat semua tak kering gusi. Iklan ini merupakan promosi untuk rancangan WWE di stesen televisyen tempatan.

5. Iklan “Cekodok Monster”

Terbitan: TV3

Tidak perlu dialog, hanya perlu babak yang relatable. Itulah signature lakonan arwah Adibah Noor dalam iklan ‘Cekodor Monster’ ini. Iklan ini menceritakan tentang seorang wanita yang sedang berpuasa dalam perjalanan pulang ke kampung dan tersalah ambil makanan orang semasa di perhentian.

6. Iklan “World Cup 2002”

Terbitan: TV3

Kalau perempuan, memang boleh relate sangat dengan iklan ini. Iklan ini merupakan promosi semasa Piala Dunia FIFA 2002 tetapi penuh dengan unsur komedi dan sarkastik dalam masa yang sama. Fakta menarik, penutup makanan yang digunakan dalam iklan ini nampak seperti terendak ‘seraong’ Melanau!

7. Iklan “Temple”

Terbitan: TV3

Iklan ini pula mengisahkan tentang kru stesen televisyen yang pergi ke Tokong Cina untuk mendapatkan seorang sifu untuk ditemuramah. Namun kedatangan mereka dihalang oleh para penjaga tokong. Apa kesudahannya? Tonton iklan ini di sini!

8. *BONUS: Iklan Raya 2022 “Sadaqah”

Terbitan: Taylor’s University

Ini merupakan iklan terkini yang menampilkan arwah Adibah Noor sebelum beliau meninggal dunia. Menceritakan tentang seorang pemilik kedai makan yang garang namun sebenarnya mempunyai hati budi yang baik. Iklan ini adalah iklan raya paling best untuk tahun 2022 menurut kami, sekaligus menyaingi iklan raya tersohor seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB). Tipu kalau tak meleleh tengok iklan ni.

Begitulah betapa hebatnya impak lakonan beliau ketika masih hidup. Kehilangan insan seni yang berbakat besar ini begitu terasa di jiwa kebanyakan rakyat Malaysia. Penampilannya dalam iklan-iklan ini begitu terkesan, sehingga kita berasa terkenang dengan peristiwa hampir sama yang pernah berlaku dalam kehidupan.

Terima kasih buat kak Adibah Noor yang pernah mewarnai kehidupan rakyat Malaysia. Tenanglah dikau di sana. Al-Fatihah.

Ini 8 Iklan Nostalgia Lakonan Arwah Adibah Noor Yang Diingati Sehingga Hari Ini

Iklan ini pula bakal membuatkan anak perantau tersentuh terutamanya apabila sudah lama tidak menyambut perayaan di kampung halaman:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Lihat ‘Ultraman’ Ini Main Biola Merdu Lagu ‘Tinggi-Tinggi Gunung Kinabalu’ Di Tamu Gaya
Next Article Ini Adalah 4 Port Bakso Terbaik Yang Anda Perlu Cuba Sekitar Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?