• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Video Orang Sarawak Berpakaian Tradisional Dalam Pesawat Tular Di Indonesia, Disangka Sebagai Orang China Menyamar Pula

Oleh
ILB - AI
25 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Video Orang Sarawak Berpakaian Tradisional Dalam Pesawat Tular Di Indonesia, Disangka Sebagai Orang China Menyamar Pula

Video yang menunjukkan 60 orang asal Sarawak memakai pakaian tradisional ke Sabah tular di Indonesia

Video Orang Sarawak Berpakaian Tradisional Dalam Pesawat Tular Di Indonesia, Disangka Sebagai Orang China Menyamar Pula. Pada hujung bulan April lepas, delegasi 72 orang asal Sarawak melakar sejarah menaiki penerbangan dari Kuching ke Kota Kinabalu, Sabah, dengan 60 daripada mereka memakai pakaian tradisional.

Menaiki pesawat AirAsia, video mereka memakai pakaian tradisional orang asal ketika dalam pesawat telah tular di media sosial tempatan dan mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Video Orang Sarawak Berpakaian Tradisional Dalam Pesawat Tular Di Indonesia, Disangka Sebagai Orang China Menyamar Pula

Namun, terkini dilaporkan video tersebut telah tular di Indonesia dan ia didakwa bahawa mereka yang dalam video berkenaan adalah “warga China yang menuju ke Ibu Kota Nusantara,” iaitu ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur.

Sejurus selepas video itu menjadi tular dan dikongsi berkali-kali di media sosial oleh warga Indonesia, agensi berita antarabangsa AFP telah tampil untuk membetulkan fakta.

Didakwa warga China menyamar untuk pergi ke ibu kota Indonesia

Menurut AFP, dua video rakyat Sarawak memakai pakaian tradisional semasa dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah dalam pesawat AirAsia tular di kalangan rakyat Indonesia yang mendakwa orang dalam video itu adalah warga China dalam perjalanan ke wilayah Kalimantan timur Indonesia.

Menurut pengguna Facebook Indonesia ini, dia mendakwa bahawa orang dalam video itu adalah warga asing dari China dan sudah mula tiba (ke Kalimantan), memakai pakaian tradisional Dayak Kalimantan dan berharap tragedi Mangkok Merah ‘Volume 2’ akan berlaku.

Kredit foto: FB via Perma.cc Record

Warga negara asing dari China sudah mula tiba ke sini (Ibu Kota Nusantara), menggunakan pakaian tradisional Dayak Kalimantan. Semoga tragedi MANGKOK MERAH Jilid 2 akan terjadi.”

FB Gra Tjokro Pramesti Ponjowati
Kredit foto: FB via Perma.cc Record

Tragedi Mangkok Merah merujuk kepada peristiwa hitam yang berlaku pada tahun 1967, di mana etnik Cina di bahagian utara dan barat Kalimantan telah dibunuh secara beramai-ramai oleh orang asli tempatan.

Video yang mempunyai kapsyen dengan sentimen yang sama turut dikongsi di platform lain seperti Telegram dan mencetuskan kekecohan di kalangan warga Indonesia.

Kredit foto: MENEMBUS BATAS via Telegram

“Rakaman menunjukan penerbangan domestik di Malaysia, bukan ‘warga China yang menyamar ke Indonesia,” – AFP

Setelah menyedari berita palsu tersebut telah disebar, agensi berita antarabangsa AFP telah tampil membongkar beritu itu dengan membetulkan fakta.

AFP telah menyemak fakta dakwaan itu dengan membandingkan klip video di internet termasuk satu yang pada asalnya disiarkan di halaman Facebook The Borneo Post serta melampirkan artikel berita tentang peristiwa bersejarah itu.

Peter John Jaban, aktivis dan juga ahli Gabungan Orang Asal Sabah/Sarawak (GOASS), turut memberitahu AFP bahawa beliau yang mengetuai kumpulan dalam video tular berkenaan.

Saya menolak dakwaan bahawa (video itu menunjukkan) orang China pergi ke Kalimantan,”

katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa kumpulan itu terdiri daripada 72 orang asal Sarawak dan telah terbang dalam pesawat AirAsia AK6076 dari Miri ke Kota Kinabalu pada 30 April 2022.

Lagi di sini:

SUMBER :AFPTHE BORNEO POST
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anda Peminat Anime? Kunjungi AXT 6 - Hanamatsuri Di Aeon Mall Mulai 27 Mei Ini! Anda Peminat Anime? Kunjungi AXT 6 – Hanamatsuri Di Aeon Mall Mulai 27 Mei Ini!
Next Article Brunei Keluar Kenyataan Rasmi, Sempadan Darat Dan Laut Kini Dibuka Untuk Penamatan Fasa Awal Endemik Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?