I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen

Oleh Ismail NA
24 Ogos 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Ini barulah contoh bagus yang patut viral!

[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen. Di musim pandemik ini, urusan pembelajaran terutamanya di sekolah kini menggunakan pembelajaran dan pengajaran dalam talian agar generasi masa kini kekal mendapat pendidikan sama seperti mereka berada di sekolah secara bersemuka.

Isi Isi Penting
Ini barulah contoh bagus yang patut viral!Boleh jer baca macam biasa, tapi effort budak lelaki ini mesti diberi pujian!Cikgu Nazmi berterima kasih kepada pelajar yang masih setia dengan PDPR sewaktu pandemik iniNetizen terharu, siap suruh Cikgu Nazmi bagi skor A+Baca lagi kisah inspirasi Cikgu Nazmi di sini :

Namun demikian, usaha seorang budak lelaki ini mendapat perhatian netizen apabila beliau sanggup menyempurnakan tugasan PDPR walaupun terpaksa melakukannya sewaktu cuaca hujan. Apatah lagi, tugasan itu sememangnya berkaitan dengan keadaan cuaca.

Gelagat PDPR budak lelaki itu dimuat naik oleh guru Bahasa Inggerisnya, Cikgu Muhammad Nazmi di laman Twitter. Menurut Cikgu Nazmi, kanak-kanak tersebut dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan karangan berkaitan berita laporan cuaca dan aktiviti pengucapan Bahasa Inggeris namun tampil dengan hasil yang ‘ekstra’ dan mengagumkan walaupun PDPR dan dalam keadaan cuaca yang hujan.

Let’s take a moment to appreciate our students who took extra effort for the PDPR with their parents. ❤️😭
My stdnt recorded his writing & speaking activities under heavy rain, with the help of his brother & his mom, just to make the weather report seems real ❤️ ❤️ ❤️ pic.twitter.com/IdBdtN6i82

— Muhammad Nazmi (@chuckee_little) August 22, 2021

Boleh jer baca macam biasa, tapi effort budak lelaki ini mesti diberi pujian!

Giovanny Pengiran Izem, pelajar tahun 6 SK Luagan, Lawas itu dilihat menyampaikan tugasan pengucapan Bahasa Inggeris dengan menjadikan gaya liputan cuaca sewaktu hujan seperti benar-benar dalam televisyen. Apatah lagi ia disampaikan dengan sangat yakin sambil memegang mikrofon dan payung. Difahamkan, video kanak-kanak tersebut dirakam dengan bantuan ibu dan abangnya.

Cikgu Nazmi memuat naik video tersebut di laman Twitter nya sebagai tanda untuk menghargai hasil kerja murid tersebut dan menjadikannya sebagai tatapan dan inspirasi rakyat Malaysia.

Cikgu Nazmi berterima kasih kepada pelajar yang masih setia dengan PDPR sewaktu pandemik ini

Cikgu Nazmi turut menambah di rajutan ciapannya itu bahawa tugasnya sebagai guru adalah untuk membahagikan ilmu kepada para pelajar tanpa mengira masa dan situasi. Baginya, tidak timbul isu ilmu halal atau tidak dan isu pelajar yang tidak masuk ke kelas kerana ilmu yang disampaikan adalah ilmu yang sama rata untuk semua. Bahkan, beliau juga tidak mahu berkira tentang ilmu yang dicurahkan buat muridnya kerana ia adalah tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar.

Beliau juga turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada murid-murid yang kekal setia memberikan tumpuan dan fokus terhadap PDPR yang dilakukan oleh para guru dalam tempoh tidak bersekolah ini.

Xda istilah halal tak halal ilmu.Rajin atau tak,suka atau tak masuk kelas,ilmu semua di bagi sama rata.Semua dapat.Sebab ni bkan kja sukarela, tp tanggungjawab
Wlu tak gah mcm time bersemuka dulu, tp tetap cuba bg yg terbaik.Terima kasih sebab masih setia dgn PDPR guru2 kamu ❤️ pic.twitter.com/198VUCnRpm

— Muhammad Nazmi (@chuckee_little) August 22, 2021

Netizen terharu, siap suruh Cikgu Nazmi bagi skor A+

Meninjau ke ruangan balasan ciapan, rata-rata netizen dari seluruh Malaysia memberi pujian kepada adik lelaki ini kerana usaha dan komitmen yang tinggi ditunjukkannya dalam pelajaran. Malah, ada yang memberi komen bahawa usaha yang ditunjukkan oleh budak lelaki ini adalah sesuatu yang luar biasa tatkala kanak-kanak lain hanya menggunakan layar skrin hijau ataupun sekadar membacanya seperti biasa.

[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen. Sumber : Twitter Muhammad Nazmi
[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Sumber : Twitter Muhammad Nazmi
[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Sumber : Twitter Muhammad Nazmi
[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Sumber : Twitter Muhammad Nazmi
[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Sumber : Twitter Muhammad Nazmi
[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Sumber : Twitter Muhammad Nazmi
[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Sumber : Twitter Muhammad Nazmi
[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Sumber : Twitter Muhammad Nazmi

Guru tersebut yang kini bertugas sebagai guru penolong kanan di SK Luagan, Lawas juga pernah tular sebelum ini kerana sanggup menghantar kerja rumah pelajar ke ceruk pedalaman hutan dan memenangi Anugerah Taylor’s RISE Educator 2021 pada bulan Mei yang lalu.

Netizen cakap, “Boleh ganti wartawan legend, Karam Singh Walia,”. Boleh tu dik! Yang penting, belajar rajin-rajin ya! Selamat maju jaya!

[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen

Baca lagi kisah inspirasi Cikgu Nazmi di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sukan Paralimpik Tokyo Bermula Hari Ini, 22 Atlet Malaysia Bakal Berentap Mewakili Negara
Next Article Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?