• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Viral Kanak-Kanak Menari Lagu Mengantuk, Rupanya Influencer Cilik Dari Sarawak

Oleh
Ismail NA
10 Januari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Viral Kanak-Kanak Menari Lagu Mengantuk, Rupanya Influencer Cilik Dari Sarawak

Media Sosialnya Mempunyai 121K Followers! Tok Bok Namanya Influencer!

Viral Kanak-Kanak Menari Lagu Mengantuk, Rupanya Influencer Cilik Dari Sarawak

Viral Kanak-Kanak Menari Lagu Mengantuk, Rupanya Influencer Cilik Dari Sarawak. Sejak semalam, tular sebuah video kiriman orang awam yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menari lagu Mengantuk dengan gaya yang comel dan mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Setelah diselidik, rupa-rupanya kanak-kanak tersebut merupakan social media influencer yang aktif di laman TikTok, Instagram, Youtube dan Facebook. Lebih menarik lagi, kanak-kanak tersebut berasal dari Sarawak. Wow!

Sehingga artikel ini ditulis, beliau mempunyai pengikut seramai 121K di laman Instagram. Hebat kitak deng!

https://twitter.com/faxriena/status/1214872305446223872
https://www.instagram.com/p/B7DAFZ0H9ja/

Kanak-kanak perempuan yang bernama Issabelle Semanjan ini melakukan aksi tarian lagu kanak-kanak Didi & Friends, ‘Mengantuknya Mumia’ setelah dipilih oleh guru kelasnya untuk menjadi ketua di hadapan kanak-kanak yang lain. Aksinya yang lincah beserta dengan ekspresi wajah yang bersungguh-sungguh menyebabkan video tersebut tular sehingga mendapat perhatian daripada netizen dan media di Malaysia.

Issabelle yang baru sahaja memasuki darjah satu di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak juga aktif di laman sosial TikTok. Video tariannya yang bersahaja mengikut rentak lagu pasti membuatkan ramai orang terhibur dengan gelagat kanak-kanak ini.

https://www.youtube.com/watch?v=vNuvObZzmxU

Netizen Samakan Wajah Issabelle Dengan Puteri Bongsu YDP Agong

Sejak video nya tular, terdapat netizen yang menyamakan wajahnya seperti puteri bongsu Yang Dipertuan Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah. Telatahnya juga turut mencuri tumpuan pihak media apabila sebuah stesen radio tempatan menghubungi Issabelle untuk berbual dengan influencer cilik ini. Gilalah kitak, dek.

https://twitter.com/azrinazasri/status/1215059120006430721?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1215059120006430721&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.gempak.com%2Fartikel%2F30922%2Fcomel-menari-lagu-mengantuknya-mumia-netizan-dakwa-wajahnya-mirip-tengku-puteri-jihan-azizah-athiyatullah
Viral Kanak-Kanak Menari Lagu Mengantuk, Rupanya Influencer Cilik Dari Sarawak
Viral Kanak-Kanak Menari Lagu Mengantuk, Rupanya Influencer Cilik Dari Sarawak
Viral Kanak-Kanak Menari Lagu Mengantuk, Rupanya Influencer Cilik Dari Sarawak
Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah bersama ibunya, Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kredit : Note Untuk Awak
https://www.facebook.com/same.edward.7/posts/10212801746517808

Lagu ‘Mengantuknya Mumia’ merupakan lagu kanak-kanak dari siri Didi & Friends yang pernah tular beberapa bulan yang lalu kerana liriknya yang mudah diingati dan sesuai untuk kanak-kanak. Bahkan, ramai golongan muda seperti remaja juga menyukai lagu tersebut kerana rentak trap nya yang catchy dan ‘kena’ dengan jiwa remaja millenial.

Ada bakat Issabelle ni jadi penari macam bintang K-Pop. Selamat maju jaya buat Issabelle!

Anda boleh menonton lebih banyak video kanak-kanak cilik ini di instagram @issabelle_2013 dan youtube Same Edward.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dr Mahathir Sah Jadi Pemangku Menteri Pendidikan Malaysia Dr Mahathir Sah Jadi Pemangku Menteri Pendidikan Malaysia
Next Article Grab Dan Syarikat Jepun Bakal Melabur Untuk Pembangunan Ibu Kota Baharu Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?