• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu

Oleh
Nazihah AN
7 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu

Rindunya nak makan jajan di Sabah!

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu. Siapa di sini yang rindu dengan jajan yang dibawa dari Sabah? Kalau kita balik dari Semenanjung, pasti kita bawa roti Gardenia kan? Sama juga kalau dari Sabah, kita mesti bawa jajan ini untuk bawa balik ke Sarawak atau Semenanjung.

Sabah sangat terkenal dengan keindahan semula jadi, habitat flora dan fauna yang eksotik. Tidak hanya itu, Sabah juga terkenal dengan makanan lautnya yang fresh! Tetapi dalam masa yang sama, Sabah juga kaya dengan beberapa pilihan makanan lain yang bakal membuatkan anda rindu ingin bercuti di Sabah.

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu. Gambar Hiasan
1

Keropok amplang ikan

Amplang merupakan makanan ringan yang berbentuk bulat, berwarna putih dan berasaskan ikan Tenggiri. Setiap kali balik dari Sabah, mesti beli keropok ni, kan? Walaupun amplang ada dijual di mana-mana tempat, tetapi rasanya tidak sama dengan amplang yang dibawa dari Sabah.

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu

Keropok amplang ni memang selalu dihidangkan dengan teh panas pada waktu petang-petang ni. Keropok amplang dari Sabah juga ada banyak-banyak jenis seperti sotong dan udang. Rasa pedas manis dan rangup! Kalau pergi Sabah je, mesti beli banyak untuk dibawa pulang ke kediaman masing-masing.

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
2

Kuih cincin

Bila sebut kuih cincin, mesti dalam fikiran min ada 2 jenis kuih cincin. Satu yang berwarna coklat dan gebu, satu lagi yang rangup dan manis. Kuih cincin ini adalah dua kuih yang berbeza. Kuih yang berwarna coklat dan gebu ini adalah kuih cincin denderam manakala yang rangup manis adalah kuih cincin dari Borneo Malaysia.

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
Gambar kiri (kuih cincin), gambar kanan (kuih denderam)

Rasa kuih cincin di Sarawak dan di Sabah juga mempunyai rasa yang berbeza, ya. Kuih cincin di Sarawak teksturnya lembut dan gebu manakala, kuih cincin di Sabah rasanya rangup dan mempunyai lapisan berwarna krim di luar.

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
3

Hinompuka

Haa berapa ramai yang kat sini familiar dengan pencuci mulut dari Sabah ni? Kuih Hinompuka ini adalah kuih yang berasaskan dari beras pulut yang dikukus. Kuih ini adalah kuih tradisional yang popular di kalangan orang Kadazaan.

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu

Kuih ini dibuat daripada tepung beras perang, tepung pulut beras merah, gula aren dan kelapa parut. Setelah diadun sehingga likat, barulah ianya dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus.

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
4

Barobbo

Wahh rindunyaa nak makan barobbo ni. Biasanya kalau ada majlis keramaian untuk kaum bugis di Sabah, mesti mereka hidangkan Barobbo ni. Kalau tengok barobbo ni, rupanya lebih kurang sama macam bubur pedas di Sarawak cuma rasanya manis datang dari jagung. Sungguh sedap!

Barobbo ini dimasak bersama jagung manis, beras, daging ayam, udang, cangkuk manis dan lobak. Rindu betul nak makan dengan saudara di sana.

Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu
Wajib Bawa Balik! 4 Makanan Dari Sabah Ini Pasti Buat Anda Rindu Nak Bercuti Ke Negeri Bawah Bayu

Fenomena “blue tears” ini hanya berlaku di beberapa pantai sahaja di dunia ini seperti di Kepulauan Matsu Taiwan dan juga Maldives. Tahukah anda? Negara kita juga termasuk dalam list dimana adanya fenomena tersebut, beruntung kan kita? Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kini Dibuka Untuk Orang Ramai, Jom Berenang Di Pusat Akuatik Pandelela Rinong
Next Article [VIDEO] 4 Kereta Berhenti Kebingungan Di Stutong, Kereta Rare Pula Jadi Tumpuan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?