I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena ‘Blue Tears’ Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena ‘Blue Tears’ Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Oleh Nazihah AN 5 Jun 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Cahaya biru yang lembut seolah-olah pantai diselimutkan dengan fairy light!

Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena ‘Blue Tears’ Di 5 Lokasi Dalam Malaysia. Pernahkah anda mendengar tentang fenomena “air mata biru” yang terjadi di pantai? Ianya adalah Bioluminescent atau plankton bercahaya yang menerangi lautan menjadikannya cahaya biru lembut.

Jika dikaji berkenaan fenomena “air mata biru” ataupun “blue tears” ini hanya berlaku di beberapa pantai sahaja di dunia ini seperti di Kepulauan Matsu Taiwan dan juga Maldives. Tahukah anda? Negara kita juga termasuk dalam list dimana adanya fenomena tersebut, beruntung kan kita?

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena ‘Blue Tears’ Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Juga, ianya tidak terhad kepada satu tempat sahaja, terdapat beberapa lokasi di mana anda boleh menemui pemandangan lautan dengan cahaya biru yang lembut seolah-olah pantai diselimutkan dengan fairy light.

Artikel Lain

Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Ini 7 Shopping Mall Paling Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai
1

Pantai Tusan, Miri

Sarawak

Di Sarawak, Pantai Tusan adalah tempat pelancongan yang terkenal di Miri. Pantai ini menarik pengunjung dengan tebing yang berbentu seperti kepala kuda dan merupakan lambang ikonik Miri. Namun demikian tebing tersebut telah runtuh.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
Sumber: Twitter

Beberapa tahun lepas, warga Miri telah menemui satu lagi fenomena yang unik dan menakjubkan iaitu blue tears yang jarang kita lihat pada masa-masa lain. Menurut penduduk kampung, blue tears sudah lama berlaku di pantai Tusan, oleh kerana ianya masih belum diketahui asalnya, penduduk kampung takut kepada kejadian itu.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena ‘Blue Tears’ Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Mereka percaya bahawa itu adalah petanda buruk dan para nelayan tidak akan turun ke laut. Mereka juga bahkan mengatakan bahawa itu adalah cahaya hantu dan ianya adalah ‘pintu ke dunia lain’.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
Pulau Mantanani, Sabah
2

Pulau Mantanani, Kota Belud

Sabah

Manakala di Sabah pula, anda boleh singgah ke Pulau Mantanani atau juga dikenali sebagai Pulau Mermaid. Memang tidak dapat dinafikan lagi, pantai di Sabah sangat cantik dan sangat sesuai bagi anda yang ingin mengambil beberapa gambar untuk disimpan sebagai kenangan.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Kejadian blue tears di Sabah biasanya berlaku dari bulan Mac hingga Julai, namun ianya juga bergantung kepada faktor lain seperti keadaan air, cuaca dan kecerahan langit pada waktu malam juga menentukan sama ada anda dapat menyaksikan fenomena tersebut.

Usah risau! Jika anda tidak dapat menyaksikan blue tears, Pulau Mantanani juga adalah tempat yang perfect untuk menyaksikan matahari terbit dan terbenam, suasana yang romantik, bukan?

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
Pulau Sambilan, Perak
3

Pulau Sembilan, Bagan Datuk

Perak

Setelah ditutup hampir tiga tahun kerana habitat hampir rosak akibat pelancongan yang berlebihan, Pulau Sembilan, yang juga terkenal dengan fenomena plankton blue tears di Perak, akhirnya kembali dibuka dan bakal beroperasi seperti pantai yang lain.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
Angelfish

Selain blue tears, pulau dan perairan di sekitarnya juga kaya dengan fauna lain seperti sotong gurita, jerung buluh, kuda laut, angelfish, dan banyak lagi yang mengelilingi pulau tersebut. Ada banyak aktiviti yang anda boleh buat di pulau ini antaranya ialah perkhemahan dan memancing.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
Kuala selangor: Jetty Sky Mirror
4

Kuala Selangor River

Selangor

Fenomena blue tears ini biasanya boleh dijumpai di pantai, namun di Kuala Selangor ini untuk melihat dengan lebih dekat, anda boleh menaiki bot laju di sepanjang perairan di mana sungai bertemu dengan laut iaitu Sungai Selangor hingga ke Selat Melaka.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Bagi anda yang ingin mencuba menaiki bot laju, perjalanannya mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam dari Jetty Sky Mirror Kuala Selangor dan buka pada setiap malam pada jam 8 hingga 10 malam. Juga jangan lupa untuk membawa kamera untuk beberapa gambar yang indah!

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia
5

Pulau Lang Tengah, Kuala Terengganu

Terengganu

Ia mungkin bukan tempat yang sangat terkenal di Malaysia, namun Pulau Lang Tengah masih dijadikan destinasi pilihan yang sangat disyorkan untuk dilawat kepada pelancong dan penduduk tempatan.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena 'Blue Tears' Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Yang menariknya, pulau ini pernah dijadikan lokasi penggambaran satu filem komedi romantis China “Love You You” (夏日樂悠悠). Dikatakan bahawa pulau ini sangat sesuai untuk filem ini kerana persekitarannya yang bersih dan indah semula jadi.

Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Melihat Fenomena 'Blue Tears' Di Malaysia
Terasa Seperti Bercuti Ke Luar Negara, Anda Boleh Lihat Fenomena ‘Blue Tears’ Di 5 Lokasi Dalam Malaysia

Ada juga yang menyatakan bahawa fenomena ini adalah hasil dari alga yang disebut sebagai dinoflagellates yang menyerap cahaya ke dalam klorofilnya dan berubah menjadi bercahaya akibat gangguan di habitatnya. Gangguan ini biasanya disebabkan oleh bahan tercemar seperti baja dari ladang dan sisa ladang yang bocor ke saluran air.

Walaupun fenomena itu terkenal, kita juga harus sentiasa beringat bahawa itu adalah sifat semula jadi dan hendaklah menjaga dan menghormati habitat alam. Akibat pelancongan yang berlebihan dan sifat tidak bertanggungjawab individu, pantai Pulau Sembilan telah tutup selama tiga tahun.

Janganlah kita mengulangi kesilapan yang sama, dan hendaklah kita bersama-sama menjaga habitat alam semula!

Rancangan percutiannya untuk meneroka budaya di Sarawak Bumi Kenyalang tidak seperti yang dirancang. Gadis tersebut telah membuat perkongsian satu video menerusi laman Tiktok perihal dirinya yang telah ‘dipalaukan’ oleh kawannya sendiri. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagi Penampar Pada Buaya, Lelaki Terlepas Ajal Di Kampung Tabuan Melayu
Next Article Ini 5 Port Menyajikan Pizza Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?