• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Waktu Daftar Masuk Dan Keluar Hotel Tidak Konsisten Cetus Kemarahan Netizen

Oleh
Farisha
24 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Check-in lambat, check-out awal, netizen bengang pengurusan masa hotel makin merapu

Waktu Daftar Masuk Dan Keluar Hotel Tidak Konsisten Cetus Kemarahan Netizen. Satu isu yang semakin hangat dibincangkan di media sosial mengenai waktu check-in dan check-out hotel di Malaysia yang tidak konsisten. Perkara ini mula mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna media sosial, Hakim H @netnetwok, menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap amalan ini.

Hakim telah merayu kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk campur tangan bagi menyelaraskan waktu daftar masuk dan keluar di hotel-hotel tempatan. Beliau mengeluh mengenai amalan hotel yang semakin melambatkan waktu daftar masuk tetapi mempercepatkan waktu daftar keluar.

Waktu Daftar Masuk Dan Keluar Hotel Tidak Konsisten Cetus Kemarahan Netizen
Waktu Daftar Masuk Dan Keluar Hotel Tidak Konsisten Cetus Kemarahan Netizen

Luahan Hakim ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di media sosial, dengan ramai yang bersetuju dengan pandangan beliau. Hakim menegaskan bahawa isu ini perlu diselesaikan dengan segera jika industri pelancongan tempatan mahu mendapat sokongan rakyat.

Netizen melenting, waktu daftar hotel semakin mengarut

Bahkan, ramai pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman mereka dan menyokong cadangan untuk memboikot hotel-hotel yang mengamalkan polisi yang tidak adil ini.

Segelintir turut mencadangkan agar semua hotel di Malaysia menyelaraskan waktu daftar masuk pada pukul 2 petang dan daftar keluar pada pukul 12 tengah hari, seperti yang diamalkan di negara-negara lain.

Selain itu, ada juga cadangan untuk menyenaraikan hotel-hotel yang sengaja melambatkan waktu daftar masuk dan mempercepatkan waktu daftar keluar bagi memudahkan pengguna membuat pilihan dan mungkin memboikot mereka.

Isu ini telah mencetuskan perbincangan hangat tentang keperluan untuk memperbaiki amalan dalam industri perhotelan di Malaysia demi kepuasan pelanggan dan kemajuan industri pelancongan tempatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Karpet Bertompok, Pelancong Dari Singapura Terkejut Lihat Keadaan Bilik Hotel Di Kuching
Tular Isu Sorok Kamera Dalam Bekas Pewangi, Ini 3 Cara Untuk Kesan Kamera Tersembunyi Di Bilik Hotel

SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalankan Perniagaan Perkhidmatan Wang Secara Haram, Lelaki Didenda RM45K Di Sibu
Next Article Tular Treler Jatuh Dari Sawai Feri Cetus Panik Netizen Di Daro Tular Treler Jatuh Dari Sawai Feri Cetus Panik Netizen Di Daro

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?