• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita 64 Tahun Ditahan Di Kuching, Disyaki Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia

Oleh
Husna Hazmi
12 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Warga emas ditahan bantu siasatan kes pemerdagangan manusia

Wanita 64 Tahun Ditahan Di Kuching, Disyaki Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia. Dilaporkan, seorang wanita warga emas berusia 64 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan dan penyeludupan manusia (ATIPSOM) di Kuching, pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sarawak telah menyerbu sebuah rumah di Jalan Chawan pada jam 6 petang. Dalam serbuan tersebut, polis berjaya menemui dua wanita warga asing yang dipercayai menjadi mangsa kes ATIPSOM.

Wanita 64 Tahun Ditahan Di Kuching, Disyaki Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia
Wanita 64 Tahun Ditahan Di Kuching, Disyaki Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia

Dua wanita warga asing diselamatkan

Kata beliau, pihaknya berjaya menyelamatkan dua wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa. Seorang wanita tempatan berusia 64 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Dalam masa yang sama pihak polis juga menyeru orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan eksploitasi buruh paksa dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Chris Olsen Ramlee, di talian 082-241133 atau pusat kawalan IPD Kuching di talian 082-244444. Maklumat juga boleh dilaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Padah Rogol Anak Perempuan 16 Tahun, Bapa Dipenjara 20 Tahun Di Sibu
Bayi Baru Lahir Ditemui Masih Hidup Di Trusan Lawas
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Perut Kembung Dan Kerap Sembelit, Bayi 19 Bulan Hidap Kanser Ovari Tahap 3 Di Sabah
Next Article Persembahan Artis Tempatan Dan Antarabangsa Di BSMF 2024 Tarik 10,000 Peminat Pada Hari Pertama

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?