• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Kongsi ‘Keajaiban’ Daun Gelenggang Sebagai Penyembuh Rawatan Kulit

Oleh
Aina Musa
10 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Wanita Ini Kongsi 'Keajaiban' Daun Gelenggang Sebagai Penyembuh Rawatan Kulit

Duan gelenggang alternatif rawatan penyakit kulit

Wanita Ini Kongsi ‘Keajaiban’ Daun Gelenggang Sebagai Penyembuh Rawatan Kulit. Daun gelenggang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional sebagai satu rawatan alamiah untuk pelbagai masalah kulit.

Baru-baru ini, seorang wanita di media sosial telah berkongsi pengalamannya menggunakan daun ini, dan keberkesanannya telah mengejutkan netizen.

Daun gelenggang yang lebih dikenali sebagai daun Senna adalah dari pokok herba tumbuhan renek dengan ketinggian 1 – 1.5 meter.

Wanita Ini Kongsi ‘Keajaiban’ Daun Gelenggang Sebagai Penyembuh Rawatan Kulit. Kredit: Google

Pokok ini dikatakan tumbuh meliar di kawasan semak dan belukar kecil di pinggir jalan.

Kegunaan daun pokok gelenggang memang telah diketahui merupakan tumbuhan ubatan untuk penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.

Ini kerana kandungan kimia yang ada pada daun gelenggang adalah amat sesuai mengubati penyakit kulit.

Kredit: Facebook

Oleh itu, seorang individu di Facebook telah memulakan sebuah ‘eksperimen’ dengan daun gelenggang setelah sekian lama mencari penyelesaian untuk masalah ekzema yang dialami oleh anak beliau.

Menerusi hantarannya, daun tersebut dikisar kering dan dilumurkan ke kawasan kulit yang terjejas. Ulang langkah yang sama beberapa dan pastikan konsisten.

Selepas tiga ke lima hari mengamalkan daun gelenggang, beliau berpuas hati dengan hasil daripada kaedah tradisional tersebut.

Untuk masalah yang lebih serius, daun gelenggang juga boleh direbus dan airnya digunakan sebagai mandian.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Bukti Saintifik Mengapa Petua Minum Air Dari Kulit Durian Boleh Elak Panas Badan
Daun Liar di Hutan Borneo Ini Rupanya Boleh Beri Rasa Mirip Ajinomoto
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Bandar Pertama Di Malaysia Guna Papan Tanda 'Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan' Kuching Bandar Pertama Di Malaysia Guna Papan Tanda ‘Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan’
Next Article Orang Luar Kagum, Malaysia Negara Terbaik Untuk Belajar Tentang Islam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?