• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Mati Selepas Terima Vaksin Di Miri, Punca Sebenar Kematian Adalah Serangan Jantung

Oleh
Husna Hazmi
29 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Wanita tersebut juga mempunyai sejarah ko-morbid penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Wanita Mati Selepas Terima Vaksin Di Miri, Punca Sebenar Kematian Adalah Serangan Jantung. Dilaporkan bahawa penemuan awal prosedur bedah siasat ke atas seorang wanita yang meninggal dunia selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19 di Miri mendapati terdapat tanda-tanda serangan jantung berlaku dua atau tiga hari sebelum kematian.

Isi Isi Penting
  • Wanita tersebut juga mempunyai sejarah ko-morbid penyakit kencing manis dan darah tinggi.
  • Tiada tanda-tanda anafilaksis akibat pengambilan vaksin ditemui
  • Kes kematian yang membabitkan seorang wanita berusia 57 tahun
  • Keadaan kesihatan wanita terbabit terus merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Kecemasan
Wanita Mati Selepas Terima Vaksin Di Miri, Punca Sebenar Kematian Adalah Serangan Jantung
Wanita Mati Selepas Terima Vaksin Di Miri, Punca Sebenar Kematian Adalah Serangan Jantung. Gambar sebagai hiasan

Tiada tanda-tanda anafilaksis akibat pengambilan vaksin ditemui

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapain Mohamed dalam kenyataannya hari ini, laporan bedah siasat juga mendapati tiada tanda-tanda anafilaksis akibat pengambilan vaksin ditemui.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan satu kejadian kematian di Hospital Miri pada 26 Jun 2020. Kes tersebut telah mendapat perhatian apabila dilaporkan meninggal dunia selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Namun demikian, prosedur bedah siasat telah dijalankan terhadap kes tersebut pada 27 Jun 2021 dan penemuan awal bedah siasat mendapati adanya tanda-tanda serangan jantung telah berlaku dua atau tiga hari sebelum kematian,” menurut beliau.

Wanita Mati Selepas Terima Vaksin Di Miri, Punca Sebenar Kematian Adalah Serangan Jantung
Gambar sebagai hiasan

Kes kematian yang membabitkan seorang wanita berusia 57 tahun

Dr Mohamed berkata kes kematian yang membabitkan seorang wanita berusia 57 tahun itu masih dalam siasatan Hospital Miri dan sedang menunggu keputusan daripada ujian-ujian selanjutnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa wanita tersebut juga mempunyai sejarah ko-morbid penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Setelah melaksanakan saringan awal dan persediaan termaklum, individu terbabit telah menerima suntikan vaksin pada 26 Jun 2021 pukul 9.20 pagi di pusat pemberian vaksin awam Hospital Miri. 

“Ketika dalam pemantauan, di Zon Pemerhatian selepas divaksinasi, individu tersebut mengadu loya, kesejukan dan muntah pada jam 9.30 pagi dan beliau telah segera dirawat di Zon Resusitasi oleh Pakar Perubatan Kecemasan,” tambah beliau lagi.

Wanita Mati Selepas Terima Vaksin Di Miri, Punca Sebenar Kematian Adalah Serangan Jantung
Gambar sebagai hiasan

Keadaan kesihatan wanita terbabit terus merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Kecemasan

Namun demikian menurut Dr Mohamed, keadaan kesihatan wanita terbabit terus merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Kecemasan Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Beliau memberitahu rawatan kecemasan diberi secara berterusan selama 40 minit kepada wanita berkenaan namun dia disahkan meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi.

Oleh itu, diminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut dan mendapatkan maklumat rasmi dari sumber yang telah disahkan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Benarkah Rajah Putih Sarawak, James Brooke Sebenarnya Seorang Gay?
Next Article Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?