• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih

Oleh
Ismail NA
29 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Solidariti untuk rakyat Malaysia.

Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih. Semua sedia maklum bahawa ini adalah masa yang sukar untuk semua. Baik dari segi kewangan, sosial mahupun emosi. Sejak kebelakangan ini, ramai individu yang telah membunuh diri akibat tekanan hidup yang dialami semasa pandemik COVID-19.

Isi Isi Penting
  • Solidariti untuk rakyat Malaysia.
  • Kes bunuh diri meningkat dengan drastik di Malaysia
  • #KempenBenderaPutih : Rakyat jaga rakyat
  • Berikut adalah senarai bantuan yang anda boleh mohon untuk meringankan beban anda :

Untuk rakyat biasa yang tidak begitu merasai kepedihan beban yang ditanggung, jalan bunuh diri yang dipilih mungkin dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar, tetapi kita tidak berada di tempat mereka. Mungkin kepedihan dan derita yang dialami sudah mencapai tahap kemuncak. Tiada siapa yang tahu.

Kes bunuh diri meningkat dengan drastik di Malaysia

Kes bunuh diri yang terjadi di Malaysia juga semakin meningkat dengan angka 53 individu telah melakukan perbuatan tersebut sejak dari bulan Januari hingga Mei tahun ini sahaja. Statistik ini adalah berdasarkan statistik terkini di Pulau Pinang. Dalam masa yang sama juga, sebanyak 19 orang yang cuba untuk bunuh diri berjaya diselamatkan. Peningkatan kes ini adalah dipercayai berpunca daripada tekanan hidup akibat kehilangan pekerjaan, hutang komitmen yang tidak dapat dilangsaikan akibat kehilangan sumber pendapatan dan masalah keluarga.

#KempenBenderaPutih : Rakyat jaga rakyat

Bagi memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang mengalami kesukaran dari segala sudut, satu kempen dilancarkan di media sosial yang digelar #kempenbenderaputih. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan buntu untuk meneruskan kehidupan dinasihatkan untuk mengibarkan bendera putih di hadapan rumah masing-masing. Inisiatif ini adalah tanda prihatin masyarakat Malaysia kepada saudara yang memerlukan.

Walaupun tidak dapat dipastikan siapa individu yang memulakan kempen ini, namun ini adalah salah satu tanda bahawa masih ada yang prihatin dan simpati dengan nasib anda di sekeliling anda. Usah segan dan malu, naikkan bendera putih, pasti ada yang akan datang membantu.

Sekurang-kurangnya, menyebarkan perihal kempen ini adalah salah satu usaha kami untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kempen ini agar ada yang tampil untuk memberi bantuan dan sokongan hidup.

Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih
Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih
Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih
Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih
Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih
Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih
Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih
Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih

Dengan adanya #kempenbenderaputih ini, semoga dapat membantu mengelakkan peningkatan kes bunuh diri yang semakin hari semakin menjadi pilihan untuk keluar dari kemelut ini. Mari kita sama-sama bertahan sehingga ke akhirnya. InsyaAllah, semua ini akan tamat tidak lama lagi.

Berikut adalah senarai bantuan yang anda boleh mohon untuk meringankan beban anda :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Mati Selepas Terima Vaksin Di Miri, Punca Sebenar Kematian Adalah Serangan Jantung
Next Article Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?