Pertemuan Manis Pemandu Grab dan Penumpang Sarawak Yang Mencuit Hati
Tular Wanita Terjumpa Penumpang Sarawak Buat Ramai Netizen Boleh ‘Relate’. Baru-baru ini, sebuah video TikTok yang memaparkan interaksi antara seorang pemandu Grab wanita dan penumpangnya dari Sarawak telah menjadi viral di media sosial.
Dalam video tersebut, pemandu wanita itu bertanya kepada penumpangnya tentang asal usul mereka di Sarawak setelah mendengar perbualan mereka dalam kereta.

Bila Orang Sarawak Jumpa ‘Keluarga’ di Semenanjung: Video TikTok Yang Buat Ramai Terhibur
Penumpang lelaki itu membalas dengan ramah, bertanya kepada pemandu, “Kitak orang Sarawak juak kah?” (Adakah awak juga orang Sarawak?) Seterusnya, mereka berkongsi pengalaman lucu semasa memesan makanan di restoran dan tersasul menggunakan bahasa Sarawak.
Interaksi mesra antara pemandu dan penumpang ini telah mencuit hati ramai netizen. Ramai yang dapat mengaitkan diri mereka dengan pengalaman penumpang lelaki tersebut, terutamanya mereka yang berasal dari Sarawak tetapi tinggal di Semenanjung Malaysia.
@santy_meng86 hahahha terima kasih…rindu dengar bahasa iban… #iban #ibansarawak #anakrantau #melaka #kuching #sarawak #grab #driver #grabcar #ladygrab #perey #pedas #tehcpeng #anakperantauan #sibu #sibusarawak #fypシ #fypシ #fypシ゚viral #lovekuching #matang ♬ original sound – Santy_meng
Seorang netizen berkongsi pengalamannya, “Hal teh c peng ya relate gilak2, dolok time first time g senanjong penah order teh tarik peng ngan mamak lalu tertanyak2 nya apa teh tarik peng HAHAHAHA” (Cerita tentang teh ais itu sangat relate, dulu pertama kali ke Semenanjung pernah order teh tarik ais dengan mamak, lalu dia tertanya-tanya apa itu teh tarik ais. HAHAHAHA)
Seorang lagi netizen mengulas, “kmk diam semenanjung mun jumpa org dr srawak yarabi happy ya rasa mcm jumpa family. Alu ter aie urg sarawak paduhal” (Kami yang tinggal di Semenanjung, kalau jumpa orang dari Sarawak, ya Allah, gembira rasanya macam jumpa keluarga. Dengar loghat orang Sarawak memang best)
Video ini menunjukkan betapa eratnya hubungan antara rakyat Malaysia walaupun berasal dari negeri yang berbeza, dan bagaimana perkongsian budaya dan bahasa boleh menjadi punca kegembiraan dan ketawa.

