• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kilat Boy Komen Insiden Pergaduhan Sarawak Dan Wilayah Persekutuan SUKMA 2024

Oleh
Farisha
15 Ogos 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

SUKMA 2024, petinju nombor 1 Malaysia bahas kontroversi perlawanan bola antara Wilayah Persekutuan dan Sarawak

Kilat Boy Komen Insiden Pergaduhan Sarawak Dan Wilayah Persekutuan SUKMA 2024. Perlawanan bola sepak lelaki di SUKMA 2024 Sarawak telah diganggu oleh insiden pergaduhan semasa pertandingan antara pasukan tuan rumah dan Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Pasukan Sarawak di bawah bimbingan Awangku Shahbuddin gagal meraih kemenangan penuh, hanya mampu seri 1-1 dengan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan Kumpulan D pada hari Rabu.

Kilat Boy Komen Insiden Pergaduhan Sarawak Dan Wilayah Persekutuan SUKMA 2024
Kilat Boy Komen Insiden Pergaduhan Sarawak Dan Wilayah Persekutuan SUKMA 2024

Wilayah Persekutuan mendahului dengan gol Muhammad Shairul Aikal Mohamad Nasir pada minit ke-28. Sarawak menyamakan kedudukan pada minit ke-59 melalui pemain gantian, Mohamad Faris Mohd Faidillah.

Menjelang akhir separuh masa pertama, penjaga gol Sarawak, Faridzuan Pekan, bertindak ganas dengan menendang dan menolak pemain lawan, mencetuskan pergaduhan. Faridzuan menerima kad kuning sebelum menolak seorang lagi pemain lawan hingga terjatuh. Rakan sepasukan cuba menenangkannya.

Yang menghairankan, pengadil tidak mengeluarkan kad merah kepada Faridzuan walaupun dia melakukan dua kesalahan serius berturut-turut.

Dalam pada itu, petinju kelahiran Sri Aman yang juga dikenali sebagai Daeloniel Mc Delon atau gelaran ‘Kilat Boy’ itu berkongsi berkongsi pendapatnya mengenai pergaduhan tersebut.

“Bro, kalau nak main tumbuk-tumbuk, jangan main bola bro, baik main sukan tinju ke, muay thai ke baru cute, kalau nak main tinju sini saya boleh ajarkan,” ujarnya di laman TikTok.

Bahkan, rata-rata netizen di media sosial turut mengkritik tindakan Faridzuan, mengatakan kejadian sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam pertandingan yang melibatkan pemain muda.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lakar Sejarah Rangkul Tali Pinggang WBC, Kilat Boy Dedikasi Kemenangan Khas Buat Sarawak
Akui Dulu ‘Kaki Gaduh’ Kini Rangkul Gelaran Juara Tinju Kebangsaan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pil Maut Disamar Sebagai Gula-Gula Jenama Dari Malaysia, Berjaya Dirampas Polis New Zealand Pil Maut Disamar Sebagai Gula-Gula Jenama Dari Malaysia, Berjaya Dirampas Polis New Zealand
Next Article Tular Wanita Terjumpa Penumpang Sarawak Buat Ramai Netizen Boleh 'Relate' Tular Wanita Terjumpa Penumpang Sarawak Buat Ramai Netizen Boleh ‘Relate’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?