• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Emas 75 Tahun Dari Sarawak, Antara Jemaah Haji Meninggal Di Makkah Selepas Wukuf

Oleh
Aina Musa
21 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Warga Emas 75 Tahun Dari Sarawak, Antara Jemaah Haji Meninggal Di Makkah Selepas Wukuf

Salam takziah diucapkan

Warga Emas 75 Tahun Dari Sarawak, Antara Jemaah Haji Meninggal Di Makkah Selepas Wukuf. Lembaga Tabung Haji (TH) melaporkan enam kematian baharu jemaah haji Malaysia yang direkodkan setakat 19 Jun 2024.

Ia membabitkan seorang jemaah dari Sarawak, seorang lagi dari Sabah, seorang jemaah Johor, dua (2) dari Perak dan seorang jemaah dari Kelantan. Keenam-enam jemaah sempat melakukan wukuf di Arafah.

Warga Emas 75 Tahun Dari Sarawak, Antara Jemaah Haji Meninggal Di Makkah Selepas Wukuf
Warga Emas 75 Tahun Dari Sarawak, Antara Jemaah Haji Meninggal Di Makkah Selepas Wukuf. Sumber: Facebook

Bawi Solek, 75, dari Sarawak, meninggal dunia akibat serangan jantung; Raksan@Hassan Matasil, 74, dari Sabah meninggal dunia disebabkan oleh serangan jantung, dan Madon Mohamed, 71, asal Masai, Johor, meninggal dunia disebabkan paru-paru berair kerana kegagalan jantung.

Roba’ayah Yusoff, 71, dari Beruas, Perak, meninggal dunia akibat serangan jantung, Syed Abu Hassan Basri Syed Ahmad, 74, dari Sauk, Perak, meninggal dunia akibat serangan jantung, dan Nik Noor Azlinna Noor Basir, 54, dari Kota Bharu, Kelantan, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada darah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, semua waris sudah dihubungi dan Pengurusan Kanan TH mengucapkan salam takziah.

“Dalam pada itu, seramai 93 jemaah sedang dirawat di hospital yang mana seramai 79 orang jemaah berada di Pusat Rawatan TH di Syisya, dan 12 orang pula menerima rawatan di Hospital Arab Saudi, sementara tiga (3) jemaah dirawat di Klinik Kecemasan Janadriyah,” katanya kepada Petugas Media TH, di sini semalam.

Warga Emas 75 Tahun Dari Sarawak, Antara Jemaah Haji Meninggal Di Makkah Selepas Wukuf

Justeru itu, Mohd Naim terus menasihatkan jemaah terus menjaga kesihatan lebih-lebih lagi dengan cuaca panas melampau.

“Jemaah disaran supaya banyak minum air dan tidak terdedah kepada cuaca panas di luar bagi mengelak pelbagai penyakit disebabkan cuaca panas seperti strok haba dan penyakit berkaitan pernafasan serta jangkitan paru-paru,” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik:

Menabung Sejak Anak Lahir, 14 Sekeluarga Dari Mukah Berjaya Tunai Haji Bersama
Rakyat Malaysia Terpaksa Tunggu 148 Tahun Untuk Tunaikan Haji Di Makkah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tingkah Laku Mencurigakan, Pasangan Kekasih Kantoi Tanam Janin Di Sabah
Next Article Ini Keistimewaan Mengenai Bulan Jun Sebagai Bulan Kesedaran Kesihatan Mental Lelaki Ini Keistimewaan Mengenai Bulan Jun Sebagai Bulan Kesedaran Kesihatan Mental Lelaki

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?