• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah

Oleh
ILB - AI
22 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Wartawan Israel Yang Bekerja Untuk Saluran Televisyen Israel Bertindak Mencabuli Larang Masuk Kepada Orang Bukan Islam.

Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah. Seorang wartawan Israel, Gil Tamary mengundang kemarahan ramai selepas menyiarkan rakaman video menyelinap masuk ke kota suci umat Islam, Mekah.

Isi Isi Penting
  • Wartawan Israel Yang Bekerja Untuk Saluran Televisyen Israel Bertindak Mencabuli Larang Masuk Kepada Orang Bukan Islam.
  • Kota Suci Mekah, kota istimewa untuk penganut agama Islam sahaja
  • Netizen Arab dan Israel sifatkan Gil tak hormat tradisi Islam
  • Reaksi warganet di media sosial berkenaan isu ceroboh masuk ke Mekah

Rakaman video berdurasi kira-kira 10 minit itu telah dimuat naik di Twitter menunjukkan Tamary melawat Bukit Arafah iaitu tempat jemaah berkumpul untuk berdoa semasa kemuncak haji pada setiap tahun. Gil Tamary menyifatkan perbuatan tersebut sebagai ‘mimpi menjadi kenyataan’ serta berbangga kerana dokumentari yang dihasilkannya itu adalah sejenis jurnalisme yang baik.

Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah
Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah

Kota Suci Mekah, kota istimewa untuk penganut agama Islam sahaja

Untuk pengetahuan anda, kota suci Mekah adalah kawasan larangan untuk masyarakat bukan Muslim kerana kota ini adalah sebuah kawasan suci dalam Islam yang istimewa untuk umat Muslim sahaja.

Larangan tersebut berkuatkuasa sejak tahun ke-9 Hijrah, berdasarkan ayat Al-Quran, ayat ke-28 Surah At-Taubah daripada Allah SWT serta mengambil kira pandangan para fuqaha atau pakar hukum Islam.

Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah

Oleh kerana perbezaan kepercayaan rohani individu bukan Muslim yang tidak beriman kepada Allah SWT, maka mereka tidak mendapat keistimewaan seperti individu Muslim untuk masuk ke Kota Suci Mekah. Walau bagaimanapun, umat Islam tidak dibenarkan untuk menyakiti atau menganiaya individu bukan Muslim yang berada di kota tersebut dalam apa jua cara sekalipun.

Sekiranya terlihat individu bukan Muslim berada di Mekah, mereka seharusnya melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. Individu melanggar larangan ini akan dikenakan denda dan dihantar pulang ke tempat asal.

Netizen Arab dan Israel sifatkan Gil tak hormat tradisi Islam

Tindakan Gil Tamary ini mendapat kecaman hebat daripada netizen. Bukan sahaja netizen di Arab Saudi, tetapi juga netizen di Israel sendiri. Majoritinya menyifatkan bahawa Gil tidak menghormati tradisi agama Islam.

Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah
Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah
Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah
Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah

Selepas mendapat kecaman dan mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya di media sosial Arab Saudi dan Israel, Tamary menyiarkan klip video permohonan maat atas kesilapan dan perbuatan yang dilakukannya dan tidak berniat menyinggung perasaan umat Islam.

Tamary berkata dia faham apa yang dilakukannya adalah perbuatan yang salah sambil merujuk bahawa tapak itu adalah ‘tempat larangan untuk orang bukan Islam’.

Saya ialah wartawan bukan Islam pertama yang berada di Mekah dan menyiarkan imej ini dalam bahasa Ibrani (Hebrew)”

kata Gil Tamary

Menjawab kritikan dan kemarahan umat Islam, Tamary menjelaskan bahawa dia hanya mahu menunjukkan kepentingan Mekah dan keindahan agama Islam.

Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah

Bagaimanapun, beliau gagal meredakan kemarahan ramai pihak terutamanya umat Islam di media sosial dan seorang pengguna media sosial turut menggesa supaya pihak berkuasa Arab Saudi tidak menjejaskan negara Islam berkenaan dengan membenarkan orang Yahudi mencemarkan kota suci Mekah.

Wahai sahabatku di Israel, wartawan kamu telah menyelinap masuk ke Kota Suci Mekah kami, dan mengambil gambar tanpa rasa malu. Ia seperti kami (Muslim) masuk ke dalam kuil Yahudi dan membaca Kitab Taurat.

Netizen Arab

Israeli journalist Gil Tamari, working for Israel’s Channel 13 News, found a way into Mecca to shoot a documentary. The city is normally forbidden for non-Muslims to enter. The move sparked criticism on social media, and led to the channel issuing an apology in Arabic. pic.twitter.com/KNSiZBZ7IM

— Middle East Eye (@MiddleEastEye) July 19, 2022

Sebilangan wartawan Israel yang memegang pasport asing bagaimanapun masih dapat melawat Arab Saudi sebelum dan semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden ke Asia Barat minggu lalu.

Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah

Reaksi warganet di media sosial berkenaan isu ceroboh masuk ke Mekah

Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah
Sumber: Facebook Utusan Online
Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah
Sumber: Facebook Utusan Online
Wartawan Israel Dikecam Langgar Larangan Bukan Islam Masuk Kota Suci Mekah
Sumber: Facebook Utusan Online

Sementara itu, Menteri Kerjasama Serantau Israel, Esawi Freji turut mengecam perbuatan Tamary dan melabelkannya sebagai bodoh dan berbahaya kerana menjejaskan hubungan Israel dan Negara-Negara Teluk.

Apa-apa pun peraturan tetap peraturan. Ia mestilah dihormati. Cubalah buat perkara yang sama apabila masuk ke negara orang tanpa guna pasport. Memang ‘masak’ lah. Kalau nak buat dokumentari sekalipun, boleh jer tugaskan wartawan Yahudi Islam nak buat. Tak ada masalah pun.

Tahun ini, ramai jemaah haji yang tidak dapat berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan haji kerana terlepas tarikh akhir masuk ke Mekah, selain ditipu sindiket visa furada. Baca selanjutnya di sini:

SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kontinjen Muay Thai Sarawak Unggul, Sapu 5 Pingat Emas Di Pahang
Next Article Kenali Jombola, Gabungan Sukan Badminton, Tenis Dan Pingpong Yang Menyeronokkan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?