• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo Umum Bantuan Khas Buat Pelajar IPT Bermula Tahun Hadapan

Oleh
Aina Musa
10 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Abang Jo Umum Bantuan Khas Buat Pelajar IPT Bermula Tahun Hadapan

Bantuan IPT buat anak Sarawak bermula tahun depan

Abang Jo Umum Bantuan Khas Buat Pelajar IPT Bermula Tahun Hadapan. Pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) bakal menerima bantuan daripada kerajaan negeri pada tahun depan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, perkara itu akan diumumkan secara terperinci menerusi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Abang Jo Umum Bantuan Khas Buat Pelajar IPT Bermula Tahun Hadapan. Sumber: Astro Awani

Menurutnya, ia sebagai usaha kerajaan meringankan beban pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Memang dalam dasar (pendidikan) kita adalah ke arah memberikan pendidikan secara percuma dan kita kini menuju ke arah tersebut.

“Dalam belanjawan kita (Sarawak) pada tahun hadapan, kerajaan mengambil kira bantuan yang harus kita berikan untuk penuntut di IPT awam mahupun swasta,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran LATerasi Kewangan@Borneo Cultures Museum di Auditorium Muzium Budaya Borneo di sini, hari ini.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu itu memberitahu, bantuan itu perlu disalurkan memandangkan kos peralatan dan keperluan untuk belajar agak tinggi.

“Kita tahu bahawa banyak perkara yang perlu mereka (pelajar) miliki dan harga barangan itu begitu tinggi.

“Maka, disebabkan itu saya telah mengarahkan untuk menimbang (semula) bagaimana hendak membantu pelajar kita.

“Saya anggarkan untuk satu tahun di IPT awam mahupun swasta ialah sebanyak 5,000 pelajar yang harus kita bantu terutamanya dari keluarga B40,” katanya sambil menambah, bantuan buku turut disediakan oleh kerajaan untuk pelajar Sarawak.

Dalam ucapan perasmian, beliau mengetahui bahawa pembelajaran di IPT memerlukan komputer riba yang menyukarkan pelajar B40 memiliknya.

“Bagaimanapun, saya akan mengumumkan secara menyeluruh (bantuan) untuk membantu pelajar kita di Sarawak.

“Pendapatan kita bertambah dan ia harus dipulangkan semula kepada rakyat,” ujarnya.

Berhubung bantuan lain, Abang Johari memberitahu bahawa akan ada berita baik menerusi Belanjawan Sarawak 2024 yang akan diumumkan selepas ini.

“Tunggu sahaja, hari ini saya memberi sedikit petunjuk sahaja,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Marzunisham Omar, kartunis tersohor, Datuk Mohammad Nor Khalid serta tetamu yang lain.

Menyentuh mengenai program, Abang Johari menekankan urusan mengenai pengurusan ekonomi yang berhemah.

Katanya, tiga perkara perlu dititikberatkan ke arah tersebut ialah penggunaan, simpanan dan pelaburan.

“Tiga perkara penting ini sekiranya diuruskan dengan baik akan memberi keselesaan dalam hidup seharian kita.

“Kita dalam menguruskan Sarawak ini perlu mencari pendapatan lebih menggunakan teknologi dan cara baharu. Sarawak tidak berhutang, malah pendapatan makin bertambah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Gabenor BNM Marzunisham Omar dalam ucapan aluan mendedahkan program itu dianjurkan oleh Muzium dan Galeri Seni BNM dengan kerjasama Jabatan Muzium Sarawak.

Katanya, pameran LATerasi Kewangan itu salah satu inisiatif meningkatkan celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Pameran yang dilancarkan di Sarawak ini turut diterapkan elemen-elemen pendidikan kewangan selain olahan pameran diperkaya dengan karikatur karya Datuk LAT (Datuk Mohammad Nor Khalid).

“Karya tersebut menyentuh ke arah aspek pengurusan kewangan seperti simpanan, pengurusan hutang, kepentingan e-pembayaran, perancangan persaraan dan cara melindungi diri daripada penipuan (scam),” tambahnya.

Baca lagi artikel menarik:

Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026
Sarawak Impikan Beri Pendidikan Universiti Percuma Kepada Anak Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Henry Golding Tambah Tatu Tradisional Iban Baru Semasa Pulang Sarawak
Next Article Wireless Walk, Port Santai Meriahkan Suasana Malam Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?