• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

XIBO Mohon Maaf, Capai Kata Sepakat Dengan Andrewson Ngalai Isu Lagu Bekikis Bulu Betis

Oleh
Aina Musa
10 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
XIBO Mohon Maaf, Capai Kata Sepakat Dengan Andrewson Ngalai Isu Lagu Bekikis Bulu Betis

Ini penjelasan dari syarikar rakaman, XIBO

XIBO Mohon Maaf, Capai Kata Sepakat Dengan Andrewson Ngalai Isu Lagu Bekikis Bulu Betis. XIB0, sebuah syarikat telah mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada En. Andrewson Ngalai berhubung dengan salah faham yang berlaku mengenai penghasilan semula lagu popular “Bekikis Bulu Betis” untuk KMJX.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh XIB0, permohonan maaf itu adalah hasil dari kesilapan yang timbul berkenaan dengan kebenaran untuk merekod semula lagu tersebut.

XIBO Mohon Maaf, Capai Kata Sepakat Dengan Andrewson Ngalai Isu Lagu Bekikis Bulu Betis. Sumber: IG XIBO.my

Mereka mendedahkan bahawa awalnya, mereka berkomunikasi dengan individu yang mendakwa mewakili En. Andrewson Ngalai dari U ANP Records, penerbit asal lagu tersebut.

Individu tersebut didakwa telah memberi kebenaran kepada XIB0 untuk merekod semula lagu tersebut. Namun, selepas pengesahan dengan En. Andrewson, didapati bahawa beliau tidak mengetahui komunikasi tersebut dan tidak meluluskan permohonan mereka.

Selepas berbincang dengan En. Andrewson, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk penghasilan semula lagu tersebut.

Kini, XIB0 berharap bahawa tindakan ini akan mengakhiri segala spekulasi dan kontroversi yang melanda isu ini.

XIB0 juga menegaskan komitmen mereka terhadap pembangunan industri muzik tempatan serta pemeliharaan warisan budaya Sarawak. Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang setia dan mengajak mereka untuk terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha mereka.

Dengan permohonan maaf ini, XIB0 berharap dapat memperbaiki hubungan dan terus menyumbang kepada kepelbagaian muzik tempatan. Mereka menyatakan tekad untuk melanjutkan usaha mereka dalam membawa industri muzik negara ke tahap yang lebih tinggi.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia TERKINI: Speaker Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia
Next Article Guru Kantoi Merokok Didakwa Tampar Dan Cekik 4 Pelajar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?