• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemilik Asal ‘Bekikis Bulu Betis’ Buat Laporan Polis Lagu Ikoniknya Dirakam Semula Tanpa Kebenaran

Oleh
Husna Hazmi
4 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Pemilik asal lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ ingin ambil tindakan undang-undang

Pemilik Asal ‘Bekikis Bulu Betis’ Buat Laporan Polis Lagu Ikoniknya Dirakam Semula Tanpa Kebenaran. Penyanyi dan penulis lagu veteran Iban, Penghulu Andrewson Ngalai Asom, telah melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan sebuah syarikat yang merakamkan lagu ikoniknya ‘Bekikis Bulu Betis’ dan memuat naik klip video yang dirakam semula di media sosial.

Beliau berkata syarikat berkenaan tidak pernah meminta kebenarannya berhubung perkara tersebut.

Pemilik Asal 'Bekikis Bulu Betis' Buat Laporan Polis Lagu Ikoniknya Dirakam Semula Tanpa Kebenaran
Pemilik Asal ‘Bekikis Bulu Betis’ Buat Laporan Polis Lagu Ikoniknya Dirakam Semula Tanpa Kebenaran

Menyeru agar memadamkan sebarang rakaman semula lagu ikonik ini

Oleh demikian, beliau menyeru agar sesiapa yang terlibat memadamkan sebarang bentuk rakaman dan rakaman semula lagu ikonik ini di media sosial, atau terima risiko berdepan tindakan undang-undang.

Dipetik dari The Borneo Post, beliau berkata sekarang adalah masa untuk dirinya bertindak. Beliau telah membuat laporan polis di Balai Balai Polis Stapang, semalam (3 Mei).

Dalam masa yang sama, beliau juga telah menghubungi peguamnya Augustine Lium untuk mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat terbabit yang mengeluarkan lagunya menggunakan logo mereka sendiri.

Pemilik Asal 'Bekikis Bulu Betis' Buat Laporan Polis Lagu Ikoniknya Dirakam Semula Tanpa Kebenaran
Sumber foto: The Borneo Post

Meluahkan rasa terkilan

Beliau turut meluahkan rasa terkilan kerana pemilik asal lagu itu tidak mendapat sebarang hasil, tetapi mereka yang melakukan cetak rompak sebegini mendapat hasil daripada lagunya.

Tindakan ini lah yang telah membuat dirinya berasa tidak senang hati.

Tambah Penghulu Andrewson lagi, dirinya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat atau individu untuk merakam semula lagunya dan telah mengarahkan peguamnya untuk mengatur beberapa cara bagi membolehkan individu berkenaan mengeluarkan lagu ikonik tersebut daripada media sosial mereka.

Beliau turut memaklumkan bahawa peguamnya akan menyiasat mana-mana syarikat atau individu yang terlibat, menunjukkan bahawa individu ini boleh didakwa di bawah Akta Hak Cipta Lagu.

Jika saya tidak bertindak bermakna saya menyokong perbuatan cetak rompak, saya mahu pihak terbabit memadamkan sebarang bentuk rakaman dan rakaman semula lagu ini di media sosial.

“Jika tidak, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang,” tegas beliau.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Kenali KMJX, Duo Sarawak Yang Beri Nafas Baru Lagu Bekikis Bulu Betis
Kenali Label Muzik Sarawak Pertama Cecah Lebih 10 Juta Tontonan Youtube

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Hisyam Samsudin, Anak Sabah Jadi Boxer Malaysia Pertama Raih Kemenangan Diperingkat Antarabangsa
Next Article Penyanyi Sabah, Bella Astillah Mewakili Malaysia Di Festival Muzik China

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?