• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

ZUS Coffee Bakal Buka Cawangan Sulung Di Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini

Oleh
Ismail NA
10 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kredit foto ZUS Coffee

Yeayy orang Brunei dah tak perlu rentas sempadan lagi nak beli ZUS Coffee

ZUS Coffee Bakal Buka Cawangan Sulung Di Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini. Tentunya ini adalah berita baik yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Brunei Darussalam. Menjelang hujung tahun ini, warga Brunei tidak perlu lagi perlu menyeberang sempadan ke Miri untuk mendapatkan ‘ZUS fix’ kerana cawangan pertama ZUS Coffee akan dibuka sekitar bulan September hingga akhir tahun ini.

Selain Brunei, ZUS Coffee juga akan membuka cawangan sulung mereka di Singapura pada waktu yang sama. Ini merupakan langkah penting dalam rancangan pengembangan antarabangsa mereka.

ZUS Coffee Bakal Buka Cawangan Sulung Di Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini
ZUS Coffee Bakal Buka Cawangan Sulung Di Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini. Kredit foto: ZUS Coffee

Syarikat ini juga sedang dalam perbincangan aktif dengan rakan kongsi berpotensi di pasaran antarabangsa lain dan menjangkakan untuk berkhidmat kepada lebih ramai pelanggan di kawasan geografi baharu pada tahun 2025.

Selain itu, rangkaian kopi tempatan Malaysia ini juga telah menerima pelaburan baharu bernilai RM250 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), KV Asia Capital, dan Kapal Api Group untuk menyokong pengembangan global mereka.

Filipina adalah negara luar pertama yang dijejaki oleh ZUS Coffee

Pada tahun 2023, ZUS Coffee telah melancarkan kedai pertama mereka di Filipina dan telah menerima sambutan yang menggalakkan dari segi jenama dan produk. Kini, mereka mengendalikan 50 buah kedai di Filipina dan bercita-cita untuk menjadi peneraju pasaran di negara tersebut dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Secara keseluruhan, ZUS Coffee mengendalikan kira-kira 600 buah kedai di seluruh rantau dan sedang giat mengembangkan portfolio kedai mereka di Malaysia.

Pelaburan baharu ini bakal membawa nama ZUS Coffee ke pentas dunia

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif ZUS Coffee, Ian Chua, menyatakan bahawa perkongsian ini bukan sahaja akan mengembangkan perniagaan kopi teras mereka, tetapi juga memudahkan kemasukan ke bidang baharu seperti barangan pengguna bergerak pantas (FMCG).

ZUS Coffee Bakal Buka Cawangan Sulung Di Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini
Kredit foto: FB ZUS Coffee Phillipines

Ketua pegawai pelaburan KWAP, Hazman Hilmi, menyatakan bahawa fokus domestik adalah untuk membantu syarikat tempatan Malaysia seperti ZUS Coffee untuk mengukuhkan kehadiran mereka dengan mengembangkan rangkaian kedai di seluruh negara. Di peringkat antarabangsa pula, mereka bersemangat untuk membantu jenama ini mengembangkan jejak mereka ke pasaran baharu di seluruh dunia.

Melalui tinjauan di media sosial, penduduk Brunei yang ingin merasai ZUS Coffee kini perlu membuat pesanan melalui ‘personal shopper’ yang membelinya secara pukal di ZUS Coffee cawangan Miri.

Nanti dah buka kat Brunei, tak perlu dah rentas sempadan semata-mata nak beli secawan kopi ZUS. Hehe.

Ini pula menu ZUS Coffee yang anda boleh cuba jika anda bukan penggemar kopi:

Bukan Penggemar Kopi? Ini Adalah Menu ‘Non-Coffee Drinkers’ Di ZUS Coffee
‘Takyah Custom Dah Memang Sedap’, Wanita Ini Kongsi Senarai Menu Air Zus Coffee Untuk Beginner
SUMBER :New Straits Time
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu Ke Bandar Ho Chi Minh Mulai 3 Disember Ini AirAsia Lancar Laluan Baharu Kota Kinabalu Ke Bandar Ho Chi Minh Mulai 3 Disember Ini
Next Article Tampar Dan Tendang Isteri, Lelaki Di Kuching Dipenjara Dan Denda RM1K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?