• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

ZUS Coffee Sambut Ulangtahun Ke-5 Dengan Konsert Lokal Kasi Vokal

Oleh
Ismail NA
5 November 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Pengakhiran jelajah Made In Malaysia yang epik dan gilang-gemilang

ZUS Coffee Sambut Ulangtahun Ke-5 Dengan Konsert Lokal Kasi Vokal. ZUS Coffee, jenama kopi inovatif dari Malaysia, menutup jelajah ‘Made in Malaysia’ dengan penuh gemilang melalui acara finale yang berwarna-warni di Awana, Genting Highlands. Acara ini bukan sahaja menandakan ulang tahun ke-5 ZUS Coffee, malah turut meraikan usaha mempromosikan jenama-jenama tempatan menerusi festival muzik Lokal Kasi Vokal yang menghimpunkan bakat popular Malaysia.

Bermula dari kiosk kecil di Kuala Lumpur, kini ZUS Coffee sudah mempunyai lebih 500 cawangan di seluruh negara. Pertumbuhan pesat ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan rakyat Malaysia yang telah menjadikan ZUS Coffee sebahagian daripada rutin harian mereka, sekaligus mengukuhkan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan yang membanggakan.

ZUS Coffee Sambut Ulangtahun Ke-5 Dengan Konsert Lokal Kasi Vokal
ZUS Coffee Sambut Ulangtahun Ke-5 Dengan Konsert Lokal Kasi Vokal

Secawan kopi adalah keperluan, bukan kemewahan – COO ZUS Coffee

“Kami di ZUS Coffee percaya secawan kopi adalah keperluan, bukan kemewahan. Sangat berbesar hati untuk menyambut ulang tahun ke-5 bersama komuniti yang menyokong kami selama ini. Kejayaan ini tidak mungkin terlaksana tanpa sokongan padu daripada rakyat Malaysia,” kata Venon Tian, Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee.

Tambah beliau, jelajah ‘Made in Malaysia’ ini juga merupakan simbol komitmen ZUS Coffee untuk menyampaikan produk keperluan buatan Malaysia ke seluruh negara. “Kami bangga untuk mempromosikan perniagaan buatan Malaysia sepanjang jelajah ini, dan tidak sabar untuk meningkatkan lagi penglibatan kami di ruang komuniti yang bertenaga ini yang saling menggalakkan dan menyokong satu sama lain,”

Ujarnya lagi, “Jelajah ‘Made in Malaysia’ ini juga melambangkan komitmen berterusan kami untuk menyampaikan barangan keperluan di mana-mana. Walaupun bangga memegang label jenama tempatan, kami juga ingin berkongsi cita rasa khas Malaysia dengan dunia. Festival ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian kami, tetapi juga sebuah landasan untuk menuju masa depan yang lebih luas.”

ZUS Coffee Sambut Ulangtahun Ke-5 Dengan Konsert Lokal Kasi Vokal

Konsert Lokal Kasi Vokal gegarkan kemuncak ulangtahun kelima ZUS Coffee

Festival ini dimulakan dengan bazar Kampung ‘Made in Malaysia’ yang berlangsung pada sebelah pagi. Bazar ini menampilkan gerai-gerai tempatan dan menyokong perniagaan kecil tempatan seperti HYGR, Spritzer, POS Malaysia, dan Munchy’s. Selain itu, pengunjung turut berpeluang melihat koleksi edisi terhad hasil kolaborasi ZUS Coffee bersama jenama pakaian terkenal Pestle & Mortar Clothing. Dihoskan di The Great Lawn of Resorts World Awana dan dipersembahkan secara eksklusif oleh Resorts World Genting, bazar ini meraikan kemeriahan produk buatan Malaysia yang unik.

Kemuncak acara pada waktu malam adalah konsert Lokal Kasi Vokal, yang menampilkan persembahan memukau dari barisan artis terkenal Malaysia seperti Jaclyn Victor, Faizal Tahir, dan Ella. Bakat-bakat muda seperti Bunga, Midnight Fusic, LOKO, dan Zeppo Youngsterz turut menyemarakkan suasana. Konsert ini juga memperkenalkan maskot rasmi ZUS Coffee, ZUS Buddies, yang muncul sebagai sebahagian daripada persembahan pembukaan.

ZUS Coffee Sambut Ulangtahun Ke-5 Dengan Konsert Lokal Kasi Vokal

Jelajah ‘Made in Malaysia’ ini telah bermula di Sarawak dan Sabah sebelum menjelajah ke 11 negeri di Semenanjung Malaysia, menampilkan bakat-bakat tempatan dan perniagaan di setiap perhentian. Jelajah ini sebahagian dari misi ZUS Coffee untuk terus menyokong dan mengangkat jenama buatan Malaysia.

Dengan lebih 3,000 pengunjung hadir di Genting Highlands, festival Lokal Kasi Vokal ini membuktikan bahawa ZUS Coffee bukan sekadar jenama kopi. Ia kini menjadi pemangkin kepada sambutan budaya dan pengukuhan hubungan komuniti.

Di Sabah pula, anda boleh menikmati secawan kopi ZUS bertemankan pemandangan pantai yang menenangkan di Tanjung Lipat:

Tular Cawangan Baru Zus Coffee, Boleh Hirup Kopi Sambil Healing Di Pantai Tanjung Lipat Sabah
ZUS Coffee Bakal Buka Cawangan Sulung Di Brunei Menjelang Hujung Tahun Ini

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja 13 Tahun Ditahan Gara-Gara Lakukan Aksi Superman Atas Jalan Di Sibu Remaja 13 Tahun Ditahan Gara-Gara Lakukan Aksi Superman Atas Jalan Di Sibu
Next Article Pemuda Kongsi Fenomena Graviti Terbalik Di Keningau Bikin Kagum Pemuda Kongsi Fenomena Graviti Terbalik Di Keningau Bikin Kagum Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?