• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

12 Pelajar KV Keningau Berjaya Terbit Artikel Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Oleh
Husna Hazmi
26 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Artikel tersebut diterbitkan dalam edisi khas sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia

12 Pelajar KV Keningau Berjaya Terbit Artikel Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara. Seramai 12 pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, telah mengharumkan nama negeri apabila artikel yang mereka tulis diterbitkan dalam majalah Bahasa Inggeris keluaran institusi pendidikan STKIP PGRI Pacitan, Indonesia. Artikel tersebut diterbitkan dalam edisi khas sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia pada 30 Disember 2024 dan boleh diakses secara digital melalui pautan E-Magz.

Pelajar-pelajar ini, yang berasal dari pelbagai jurusan seperti pendidikan awal kanak-kanak, kosmetologi, seni kulinari, bakeri dan pastri, teknologi elektrik, serta pengurusan perniagaan, menghasilkan artikel yang mengetengahkan isu-isu berkaitan golongan kelainan upaya (OKU). Mereka membincangkan peranan kerajaan, industri, komuniti, dan individu dalam memastikan keperluan OKU dipenuhi, selain menyokong kehendak serta cita-cita mereka.

12 Pelajar KV Keningau Berjaya Terbit Artikel Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara
12 Pelajar KV Keningau Berjaya Terbit Artikel Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Artikel-artikel ini juga memberi penghormatan kepada tokoh OKU yang berjaya

Beberapa pelajar turut berkongsi pengalaman mereka mempelajari bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan rakan yang mengalami masalah pendengaran dan menjadi teman rapat kepada individu dengan Sindrom Down. Malah, artikel-artikel ini juga memberi penghormatan kepada tokoh OKU yang berjaya dalam bidang seperti sukan dan politik, memberikan inspirasi kepada pembaca.

Antara pelajar yang terlibat ialah Jason Robert Sopining, Chriscaseyvel Erey, Rusell Razali, Dg. Nur Alia Dhamira Ag Hamidi, Siti Aisa Mohd Mahadi, Dayang Nur Dhaniyah AG, Carl David, Rosselina Senora Ungkak, Iris Sofea Irfin, Putri Deelaila Abdulsa, Ilhan Ziqry Azimie, dan Nurul Nadiirah Naquyyah. Artikel karya Jason Robert telah dipilih sebagai artikel terbaik untuk edisi bulan Disember, satu pencapaian yang membanggakan!

12 Pelajar KV Keningau Berjaya Terbit Artikel Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Terima bimbingan dan sokongan penuh daripada guru-guru

Menurut para pelajar, mereka menerima bimbingan dan sokongan penuh daripada guru-guru di KV Keningau yang membantu menyunting dan memuktamadkan artikel mereka sebelum dihantar untuk diterbitkan. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa usaha gigih mereka dalam menghasilkan karya berkualiti telah membuahkan hasil.

Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang, mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar ini atas pencapaian luar biasa mereka. Beliau berharap inisiatif menulis dan menerbitkan artikel seperti ini akan terus diperkasakan pada masa akan datang.

“Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar, tetapi juga membuka peluang untuk mereka menyuarakan pendapat dan pengalaman melalui platform antarabangsa,” katanya.

Adakah pencapaian luar biasa ini akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar di Sabah untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan dan kewartawanan? Apa pandangan anda?

Lagi artikel menarik untuk anda di sini:

SMK Agama Miri Pamer Keunikan, Guna Pengacara AI Untuk Majlis Anugerah Pelajar
Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiga Projek Jambatan Mega Di Sarawak Dijangka Siap Tahun Ini
Next Article Ambulans Bawa Pesakit Terpaksa Tumpang Treler Untuk Redah Banjir Ke Hospital Miri Ambulans Bawa Pesakit Terpaksa Tumpang Treler Untuk Redah Banjir Ke Hospital Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?