• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia

Oleh
Nazihah AN
28 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia

Tahniah diucapkan kepada para atlet kita!

2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia. Dua atlet Taekwondo Sarawak lagi sekali berjaya mengharumkan nama negara dengan menyumbang pingat gangsa dan perak pada Kejohanan Poomsae Taekwondo Dunia 2022 yang berlangsung di Bandar Goyang di Korea baru-baru ini.

2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia
2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia. Sumber gambar: IG humeowraa_

2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia
Sumber gambar: FB Majlis Sukan Negara Malaysia

View this post on Instagram

A post shared by Humaira Abd Karim (@humeowraa_)

Pasukan Poomsae berjaya membawa pulang Perak & Gangsa melalui acara Mixed Pair dan Female Team pada edisi kali ini.

Pada peringkat kejohanan tersebut, lebih 2,000 atlet dari 70 negara turut serta, dan juga menandakan pembukaan sempadan antarabangsa apabila sekatan dilonggarkan selepas pandemik Covid-19.

Nurul Hidayah Abdul Karim dari Sarawak bersama Jason Loo berjaya raih pingat perak dalam acara pasangan campuran. Manakala Nur Humaira Abdul Karim dan Lim Jia Wei merangkul pingat gangsa dalam acara berpasukan wanita.

Skuad negara yang dibarisi Nurul Hidayah Abdul Karim, Nur Humaira Abdul Karim dan Lim Jia Wei, berkongsi pingat gangsa dengan Thailand dalam acara berpasukan F bawah 30 tahun yang berlangsung di Korea International Exhibition Center.

Pingat emas menjadi milik tuan rumah manakala pasukan Taiwan merangkul pingat perak.

2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia
Sumber gambar: IG humeowraa_

2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia
Dari kiri: ( Nurul Humaira, Nurul Hidayah dan Lim Jia Wei) Sumber gambar: IG humeowraa_

2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia
2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia. Sumber gambar: IG humeowraa_

Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF) Azizul Annuar Adenan turut memuji adik-beradik Sarawak ini untuk penampilan pertama mereka yang mengagumkan di kejohanan antarabangsa.

Sebelumnya, Nurul Hidayah merupakan juara poomsae pada Sukma 2016 dan 2018 serta Sukan SEA 2019. Manakala Nur Humaira merupakan juara poomsae peringkat negeri dan kebangsaan pada 2018 dan 2019.

Lagi anak Sarawak yang dah berjaya menempa nama di persada dunia, kenali Alvin Wee yang merupakan pengadun lagu Disney Encanto Rangkul Anugerah Hollywood. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Aksi Bahaya Ke Sekolah Naik Flying Fox Tong Minyak, Netizen Bimbang Keselamatan Pelajar Pedalaman Sabah Ini Aksi Bahaya Ke Sekolah Naik Flying Fox Tong Minyak, Netizen Bimbang Keselamatan Pelajar Pedalaman Sabah Ini
Next Article Tergamak Rogol Anak Sendiri, Bekas Tentera Dipenjara 18 Tahun Dan 34 Sebatan Di Sibu Tergamak Rogol Anak Sendiri, Bekas Tentera Dipenjara 18 Tahun Dan 34 Sebatan Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?