• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024

Oleh
Husna Hazmi
5 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Taman Negara Niah sasar jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO menjelang tahun 2024.

Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024. Dilaporkan bahawa Jabatan Muzium Sarawak mensasarkan Taman Negara Niah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2024.

Pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) ini akan menghubungkan Sarawak secara langsung kepada komuniti sejarah dan warisan di seluruh dunia.

Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024
Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024

Memelihara, mengekalkan, memulihkan

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memelihara, mengekalkan, memulihkan dan berkongsi Outstanding Universal Values (OUV) yang ada pada Taman Negara Niah itu kepada komuniti global.

Jelasnya perkara ini merupakan sebahagian sumbangan Sarawak dalam usaha memahami perkembangan sejarah manusia di dunia menerusi pemuliharaan antara tapak arkeologi, geowarisan, dan ekosistem semula jadi terpenting di Asia Tenggara Itu.

Di dalam teks ucapan yang Premier Sarawak dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, antara sebab utama Sarawak meletakkan keutamaan tinggi untuk memastikan Taman Negara Niah disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah kerana ingin meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dan organisasi terlibat untuk menghargai warisan dunia ini melalui pendidikan, kreativiti dan pembangunan negara bangsa.

Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024
Kredit gambar: Kaki Travel

Berfungsi sebagai penanda identiti budaya

Warisan ini juga amat penting kerana ia berfungsi sebagai penanda identiti budaya dan membuka jalan untuk berhubung dan belajar tentang kehidupan nenek moyang, kebijaksanaan, imaginasi, kepercayaan dan inovasi mereka dari masa lalu, kata beliau dalam ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa untuk Pencalonan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia di Hotel Pullman Miri pada Isnin.

Persidangan antarabangsa melibatkan sekitar 300 peserta itu akan berlangsung selama empat hari bermula 5 hingga 8 September ini dan akan membabitkan beberapa sesi perkongsian kajian yang menyentuh budaya, pelancongan, alam semula jadi, dan komuniti.

Taman Negara Niah Disasar Jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO Menjelang 2024
Kredit gambar: Kaki Travel

Sekiranya pengiktirafan berjaya, Taman Negara Niah akan menerima peruntukan khas

Dossier atau dokumen utama yang mengandungi butir-butir tapak, justifikasi pencalonan dan tatacara perlindungan, pengurusan serta pengekalan integriti tapak Taman Negara Niah akan didokumentasikan sebelum diserahkan kepada pihak UNESCO pada bulan Februari tahun 2023 sebagai syarat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia.

Beliau juga turut menjelaskan sekiranya pengiktirafan itu berjaya dilaksanakan, Taman Negara Niah akan menerima peruntukan khas daripada organisasi global bagi menyokong program pemuliharaan tertentu di tapak warisan berkenaan.

UNESCO setakat ini telah mengiktiraf lima tempat bersejarah di Malaysia sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu Taman Negara Mulu, Taman Negara Kinabalu, Bandaraya Melaka, Georgetown Pulau Pinang dan Lembah lenggong Perak.

Baca lagi cerita menarik di sini:

Disambut Meriah Tidak Mengira Bangsa, Kuching Intercultural Mooncake Festival Dipuji Ramai
Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak Semakin Membimbangkan, Polis Mendapati 106K Alamat IP Malaysia Terlibat Dalam Kandungan Lucah Kanak-Kanak
Next Article 2 Lelaki Naik Motorsikal EX5 Bertempiaran Tak Tentu Hala Lepas Langgar Lari Di Pending

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?