• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Polis Buru 2 Lelaki Warga Asing, Suspek Bunuh Dan Simen Mayat Wanita Di Bilik Air

Oleh
Aina Musa
5 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Polis Buru 2 Lelaki Warga Asing, Suspek Bunuh Dan Simen Mayat Wanita Di Bilik Air

Hampir 2 jam pihak bomba pecahkan simen keluarkan mayat

Polis Buru 2 Lelaki Warga Asing, Suspek Bunuh Dan Simen Mayat Wanita Di Bilik Air. Polis sedang mengesan dua lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes penemuan mayat wanita yang disimen di tandas sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran di Klang, semalam.

Dua individu itu masing-masing dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh.

Polis Buru 2 Lelaki Warga Asing, Suspek Bunuh Dan Simen Mayat Wanita Di Bilik Air. Sumber: Kosmo

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek dikenal pasti menyewa rumah tersebut dan dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

“Polis ketika ini masih dalam tindakan untuk mengesan mereka bagi membantu siasatan. Selain itu, seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun ditahan dan kebenaran reman akan dimohon di mahkamah esok,” katanya malam ini.

Berdasarkan laporan skampung itu gempar dengan penemuan mayat berkenaan selain dipenuhi anggota polis dan bomba, kira-kira pukul 9.30 malam.

Dalam pada itu, jelas Hussein, pihaknya kelmarin menerima laporan daripada pemilik rumah itu berkaitan terdapat mayat di kolah bilik air rumah tersebut.

“Siasatan mendapati pengadu pernah menyewakan rumahnya kepada dua lelaki asing selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021. Sebelum menyewakannya kepada orang lain, pengadu mendapati kolah itu disimen dan penyewa asing itu memberi alasan dimasuki bangkai tikus,” ujarnya.

Menurut beliau, pengadu kemudian meminta seorang lelaki membaiki bumbung rumah itu bulan lalu sebelum diberitahu terdapat mayat di kolah berkenaan.

“Maklumat itu diterima daripada seorang lagi lelaki asing yang sudah pulang ke negara asal. Bertindak atas laporan pengadu, polis dan bomba menjalankan siasatan yang membawa penemuan mayat selepas simen itu dipecahkan. Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam bagi bedah siasat yang akan dijalankan Khamis ini.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu termasuk suspek diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Netizen Selongkar Senarai Influencer Bangga Iklankan Judi Online
Warga Emas Maut Diseret Lori Tangki Minyak Di Hadapan TUDM Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Next Article AirAsia Lancar Rekaan Pesawat Khas Untuk Ikon Pelancongan Sabah, Datuk Irene Benggon

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?