• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagi Buaya Mengganas, Remaja Di Lundu Hampir Dibaham Di Atas Perahu

Oleh
Ismail NA
9 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku ketika dua beranak itu sedang menangkap ketam di Kampung Selenggok Sampadi

Lagi Buaya Mengganas, Remaja Di Lundu Hampir Dibaham Di Atas Perahu. Kejadian merbahaya yang melibatkan haiwan reptilia buaya di negeri ini semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, seorang remaja yang berusia 14 tahun nyaris diseret buaya dari atas perahunya pada Selasa lalu. Mangsa pada ketika itu keluar bersama bapanya untuk menangkap ketam, tidak jauh dari Kampung Selenggok, Sampadi Lundu sekitar jam 8.30 malam.

Lagi Buaya Mengganas, Remaja Di Lundu Hampir Dibaham Di Atas Perahu
Lagi Buaya Mengganas, Remaja Di Lundu Hampir Dibaham Di Atas Perahu. Kredit foto: FB Sarawak Edition SE

Mangsa yang dikenali sebagai Sahrul Heiqal bin Ambran, mengalami kecederaan di bahagian lutut kiri dan segera dirawat di Hospital Lundu.

Kejadian berlaku sekelip mata, perahu melambung 3 kali

Menurut bapa Sahrul, Ambran bin Taib yang menjadi saksi kejadian, beliau memberitahu bahawa kejadian ngeri itu berlaku sekelip mata.

Beliau berasa lega dan bersyukur kerana anaknya tidak disempat diseret oleh buaya ke dalam air. Walau bagaimanapun, pada ketika mereka diserang buaya tersebut, perahu yang mereka naiki sepanjang 12 kaki miliknya melambung sebanyak 3 kali oleh buaya tersebut.

Lagi Buaya Mengganas, Remaja Di Lundu Hampir Dibaham Di Atas Perahu
Kredit foto: FB Sarawak Edition SE

Ujar Ambran lagi, serangan buaya tersebut berlaku sepantas kilat. Begitu juga dengan kelibat buaya tersebut yang kemudiannya hilang dengan sekelip mata juga.

Sewaktu buaya itu cuba menyambar anak saya, saya sempat melihat buaya itu secara dekat. Saya boleh anggarkan buaya tersebut sepanjang 15 kaki, kerana paras airpada waktu itu agak surut,”

Ambran bin Taib, bapa mangsa yang menjadi saksi utama kejadian

Menurut Sarawak Forestry Corporation (SFC), bulan ini merupakan musim buaya mengawan dan menyebabkan buaya bertindak lebih agresif.

Pada minggu lalu, seorang lelaki sempat menyelamatkan diri apabila bertindak berani menampar buaya yang menyerangnya di Kampung Tabuan Melayu. Baca cerita lanjut di sini:

SUMBER :FB Sarawak Edition SE
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Potong Barisan Guna Laluan Motosikal, Netizen Puas Hati Lihat Tindakan Lori Ini Di Bulatan Samarahan Potong Barisan Guna Laluan Motosikal, Netizen Puas Hati Lihat Tindakan Lori Ini Di Bulatan Samarahan
Next Article 2 Tahun Tidak Beraksi, Acara Sukan Regatta Air Sarawak Bakal Dianjurkan Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?